Selasa, 30 April 2013

BARISAN MUNGKIN DAPAT EMPAT-PERLIMA MAJORITI DALAM PRU-13.


Oleh Mansor Puteh



Barisan Nasional kalah teruk dalam tahun 2008, dan dalam beberapa pilihanraya kecil selepas itu.

Tetapi, Barisan menang semua pilihanraya kecil kemudian itu.

Pilihanraya umum ke-tiga-belas sudah mempunyai kesudahannya; Barisan Nasional akan menang besar, melebihi dua-pertiga.

Beberapa pilihanraya kecil yang diadakan sebelum ini boleh dijadikan kayu ukur untuk menentukan keputusan yang bakal dilihat pada malam Minggu, 5 Mei mendatang.

Pakatan Rakyat menang besar dalam pilihanraya umum 2008 dulu. Dan dalam beberapa pilihanraya kecil, mereka turut menang.

Ini satu tanda kedudukan Pakatan kukuh.

Tetapi kedudukan ini tidak berpanjangan, dan tidak lama kemudian, Pakatan mula kalah dalam beberapa pilihanraya kecil yang telah diadakan.

Ini menunjukkan bahawa sokongan rakyat dan pengundi terhadap Barisan telah mula meningkat.

Dan ini sebelum rancangan kemasyarakatan yang telah diperkenalkan oleh kerajaan dilakukan yang mana semuanya telah mendapat perhatian dan sokongan dari semua golongan masyarakat termasuk dari mereka yang dulunya telah berpaling tadah dan beri sokongan dan juga undi mereka kepada Pakatan.

Kini ramai, atau hampir semua telah kembali menyokong Barisan termasuk mereka yang bertanding dalam parti Pakatan dan pilihanraya 2008 dulu.

Pakatan sudah kehilangan ramai penyokong kuatnya yang kini telah berpaling tadah dan menjadi pengkritik keras Pakatan, khsususnya Anwar Ibrahim.

Ada beberapa isiu peribadi sekitar Anwar yang mereka tidak setuju, termasuk dasar kerajaan Pakatan di Selangor, Kedah, Pulau Pinang dan juga Kelantan yang membuat ramai jemu dengan mereka ini.

Awal-awal lagi, Pakatan telah kalah Perak yang mereka menang untuk beberapa bulan oleh sebab sokongan dari beberapa ahli dewan undangan negeri atau DUN yang berpaling tadah, yang menyebabkan Perak kembali balik ke Barisan.

Jadi tidak hairan kalau ramai beranggapan bahawa Barisan akan menang dua-pertiga dalam pilihanraya 2013 ini.

Tidak hairan juga kalau ia melebihi anggaran ini dengan mendapat sokongan menakjubkan iaitu empat-perlima.

Atau 180 kerusi dalam parlimen dari 222 kerusi yang ada.

Dan scenario ini akan juga dapat dilihat dalam kebanyakan dewan undangan negeri (DUN).

Ini tidak mustahil, memandangkan sokongan untuk Pakatan sudah banyak menurun sejak kebelakangan ini apabila tindakan yang diambil oleh pemimpin mereka seperti menikam diri sendiri; lebih-lebih lagi apabila ramai pemimpin utama pakatan ini tidak sepakat, mereka bercakar sesama sendiri dan tidak ramai diantara mereka yang berani turun padang untuk berkempen.

Khalid, Guan Eng, Karpal, Gobind dan lain-lain tidak kelihatan.

Cuma Anwar sahaja yang paling sibuk.

Dan lebih banyak dia cuba untuk berkempen, lebih banyak pengundi dapat lihat siapa dia, dengan membandingkan dengan apa yang dia katakan.

Muhammad Muhammad Taib, bekas menteri besar Selangor sudah masuk PAS. Ia adalah satu tindakan yang boleh membuat imej PAS bertambah teruk lagi, seperti PAS itu ‘parti tong sampah’, untuk orang seperti Muhammad masuk dengan sewenang-wenangnya, sedangkan ramai pemimpin PAS sudah tinggalkan parti itu.

Kehadiran Muhammad tidak menguntungkan PAS; dia hanya mahu guna PAS untuk panjangkan usianya dalam bidang politik pasca-Umno yang mana telah beri dia banyak faedah dan ganjaran.

Sebenarnya Muhammad tidak dibenar masuk PAS dalam usia yang lanjut dan perjuangannya yang sia-sia, seperti dia mahu jadi pengkritik Umno dan Barisan pula.

Terdapat banyak factor lain yang telah membuat ramai orang Melayu, Cina dan India dan lain-lain mahu balik ke Barisan dan tolak Pakatan.

Penyesalan yang dialami dikalangan orang awam, khususnya yang telah mengundi Pakatan dalam tahun 2008, menjadi-jadi, walaupun ada diantara mereka yang tidak undi Pakatan, tetapi terpaksa mengaku yang mereka penyokong Pakatan, sebab mereka mahu jaga kepentingan diri sendiri.

Ada sebuah kawasan setinggan dimana terdapat rumah-rumah kayu terletak disebuah kawasan tanah kerajaan Selangor.

Dulu semasa Barisan menguasi Selangor penduduk di situ kibarkan bendera Umno dan Barisan; tetapi sebaik sahaja Barisan kalah dan Pakatan menang dalam tahun 2008, penduduk-penduduk di situ terus turunkan bendera Umno dan Barisan dan naikkan bendera PKR.

Sekarang dengan pilihanraya hampir dekat, penduduk-penduduk di kawasan ini tidak berani naik dan kibarkan mana-mana bendera parti termasuk bendera PKR sebab mereka kuatir kalau Pakatan kalah, mereka jelas diketahui sebagai penyokong PKR.

Dan mereka takut diusir dari tanah itu.


Sabtu, 27 April 2013

PAS GAGAL LAKSANA HUKUM HUDUD ALA PAS; DAP GAGAL LAKSANA DASAR ‘MALAYSIAN MALAYSIA’ DAN PKR GAGAL JADIKAN ANWAR PERDANA MENTERI.


…DAN PUNGUTAN SUARA YANG BOLEH TENTUKAN PARTI MANA MELAYU DAN BUKAN-MELAYU MAHU.
Oleh Mansor Puteh


BAH I: PAS:

Sebenarnya PAS sudah lama tahu mereka telah gagal untuk melaksanakan rancangan mereka untuk melaksanakan hukum hudud, yang Dr Mahathir Mohammad kata hanyalah hukum hudud ala PAS sahaja.

Dan sejak kebelakangan ini, PAS kata mereka hanya mahu laksanakan hukum syariah. Itupun mereka akan kecundang sebab hukum syariah sudah lama dilaksanakan oleh kerajaan Barisan Nasional dan UMNO.

Jadi apa jadahnya mahu PAS tambah?

Tidakkah mereka juga dapat faedah dari perlaksanaan hukum syariah ke atas umat Islam di Malaysia?

Tidakkah mereka menyimpan wang parti mereka dalam Bank Islam?

Dan tidakkah mereka tahu siapa yang melaksanakan hukum halal pada makanan, sistem perbankan Islam di Malaysia yang mana menjadi ikutan oleh banyak negara Islam dan bukan-Islam lain seluruh dunia sehinggakan negara-negara yang tidak peduli dengan hukum Islam terpaksa membuka bank Islam mereka sendiri.

Dan tidakkah PAS sedar adanya Majlis Fatwa Negara?

Dan majlis inilah yang sepatutnya dijadikan kuasa mutlak di Malaysia yang boleh pastikan samada hukum Islam dilaksanakan.

Satu sahaja yang harus PAS salahkan ialah berkaitan dengan hukum Islam yang masih tidak dilaksanakan dalam bidang hiburan, seperti drama televisyen, drama pentas filem dan sebagainya, termasuk muzik ‘heavy metal’ dan lain-lain yang man mempunyai nilai anti-Islam, yang mendewakan syaitan dan iblis atau hantu.

Tetapi PAS tidak berbuat demikian sebab mereka tahu mereka akan berhadapan dengan kemarahan anak-anak muda, yang boleh menumbangkan parti mereka.

PAS sedar bahawa mereka tidak boleh mengharapkan orang tua jadi ahli dan sokong mereka, dan sebahagian dari mereka itu terdiri pula dari pesara jabatan dan agensi kerajaan dan kini pasukan bersenjata.

BAB 2: DAP:

Dan DAP pula mahu laksanakan hukum atau sistem politik yang mereka katakan sebagai ‘Malaysian Malaysia’.

Tetapi mereka telah gagal melakukannya dengan menampilkan apa yang dimaksudkan dengan slogan ini.

Akhirnya slogan ini tinggal slogan sahaja.

Sebenarnya ia adalah slogan yang telah diperkenalkan oleh Lee Kuan Yew semasa dia dan partinya di Singapura yang dikenali dengan nama Parti Tindakan Rakyat atau People’s Action Parti (PAP) yang menerbit majalah parti dengan nama Petir.

Akhirnya bila Singapura diusir dari Persekutuan Malaysia dalam tahun 1966, maka PAP tidak lagi menyorak slogan ini yang disambung oleh DAP.

Tetapi DAP tidak menyambungkan slogan ini sebab mereka rasa ia tidak sesuai lagi, memandangkan is sebuah slogan kosong.

Lebih-lebih lagi apabila slogan 1Malaysia telah diperkenalkan oleh Umno dan Barisan yang mana lebih menyeluruh dari ‘Malaysian Malaysia’.

Sebaliknya ‘Malaysian Malaysia’ boleh menyebabkan semua sekolah vernakular Mandarin dan Tamil dihapuskan sebab kewujudan sekolah-sekolah seperti ini tidak mendokong slogan ‘Malaysian Malaysia’, tetapi lebih kepada slogan 1Cina-1Tamil sahaja.

Maksudnya di sini ialah ‘Malaysian Malaysia’ akan mengutamakan apa yang lebih diperlukan oleh rakyat jelata iaitu sebuah sistem pendidikan yang sama-rata dan tidak yang berpuak-puak ikut bahasa sendiri yang boleh pecah-belahkan masyarakat dan rakyat mengikut kaum sendiri dengan orang Cina dan India terasing dari aliran kebangsaan.

Ini sebenarnya yang mahu dilakukan oleh mereka yang gemar melaongkan slogan ‘Malaysian Malaysia’.

Tetapi sehingga sekarang Kuan Yew dan PAP tidak pula mahu sorak slogan ‘Singaporean Singapore’. Kenapa?

BAB 3: PKR:

Parti KeAdilan Rakyat atau PKR muncul dimuka bumi politik Malaysia secara dramatik dengan penguguran Anwar Ibrahim sebagai timbalan perdana menteri, oleh Dr Mahathir dalam tahun 1998.

Ia sebenarnya bukan satu tindakan luar biasa, sebab Dr Mahathir telah gugurkan timbalan awalnya iaitu Musa Hitam dan juga Ghafar Baba, walaupun Ghafar digugurkan dengan alas an dia gagal mendapat sokongan dari ahli Umno ketika itu.

Dan ini menyebabkan Anwar diganti untuk mengambil jawatan timbalan perdana menteri.

Sebenarnya, jawatan ini bukan satu perlantikan atau kenaikan pangkat untuk Anwar yang dilakukan oleh Dr. Mahathir dan Umno; lebih dari itu, ia adalah satu usaha untuk menilai kredibiliti dan kesetiaannya kepada perdana menteri dan parti.

Ternyata, Anwar gagal.

Dan cara yang ada dan yang boleh diguna oleh Dr Mahathir sebagai perdana menteri ialah dengan melucutkannya dari jawatan timbalan perdana menteri, walaupun asalan yang diguna oleh Dr. Mahathir lebih berbentuk peribadi apabila dia dapati Anwar mempunyai tabiat yang pelik.

Tetapi Anwar bukan Musa dan Ghafar; dia tidak berundur dan ambil jawatan lain yang boleh diberi oleh Umno dan Barisan; dia menempek dan mahu tuntut haknya sebagai timbalan perdana menteri dengan memimpin Umno yang sudah tolaknya juga.

Akhirnya Anwar terpaksa tubuh sebuah parti iaitu PKR.

Jadi PKR sebenarnya bukan sebuah parti politik pembangkan; ia lebih sebuah kelab untuk orang yang telah juga dipinggirkan oleh Umno dan Barisan, dan yang sokong Anwar.

Perjuangan PKR bukan untuk menumbangkan Umno dan Barisan tetapi untuk menjadikan Anwar sebagai timbalan perdana menteri, seperti kes dalam mahkamah yang mereka telah bawa, tetapi gagal.

Ini sahaja perjuangan sebenar PKR, tetapi mereka telah menukarkannya untuk mahu tukar Umno dan Barisan pula.

Mujur mereka mempunyai DAP dan PAS untuk digabungkan dalam Pakatan Rakyat yang tidak sepakat dengan ketiga-tiga parti berbeza pendapat dan pegangan ini tidak mampu buat keputusan untuk mendaftarkan diri mereka sebagai sebuah pakatan parti politik, supaya mereka bertanding dalam mana-mana pilihanraya atas nama Pakatan Rakyat seperti Barisan Nasional dan tidak diatas nama parti sendiri.

Mereka sedar bahawa kalau mereka bertanding atas nama Pakatan, penyokong DAP akan berkata bahawa DAP sudah hilang haluan, walaupun parti ini sudah lama hilang haluan sejak Singapura berpisah dari Malaysia dengan PAP tersingkir dari aliran politik kebangsaan, dan tidak dapat berkembang ke seluruh negara yang akhirnya terpaksa tinggalkan DAP.

Dan PAS juga pasti tidak akan tertarik untuk mengabungkan parti ini dalam Pakatan Rakyat secara sah, sekadar mahu menyokong sesama sendiri dan pemimpin kanan mereka hadir perhimpunan tahunan DAP dan PKR dan sebaliknya untuk menunjukkan yang mereka sepakat, tetapi kenyataan sebenarnya ialah mereka tidak sepakat.

Macam mana DAP, PAS dan PKR boleh sepakat sedangkan ketiga-tiga parti ini ditubuhkan atas sebab berbeza, dan mereka juga mempunyai perjuangan yang berbeza.

Yang mengabungkan ketiga-tiga parti ini ialah hasrat mereka untuk menumbangkan Umno dan Barisan yang telah banyak berjasa kepada negara.

Ternyata hasrat mereka tidak kesampaian.

KESIMPULAN: ADAKAN PUNGUTAN SUARA.

Akhirnya apa yang berlaku ialah, kalau DAP dan PAS benar-benar mahu laksanakan dasar mereka, mereka tidak seharusnya guna pilihanraya dan cara politik untuk menjayakannya.

Apa yang mereka boleh mengadakan pungutan suara atau referendum dan minta semua rakyat Malaysia pilih samada mereka mahu slogan ‘Malaysian Malaysia’ diteruskan dan hukum Hudud ala Pas dilaksanakan atau tidak.

Dan PKR boleh minta Umno adakan satu pungutan suara dikalangan ahli majlis tertinggi, atau perwakilan dari seluruh negara pilih samada mereka mahu Anwar Ibrahim sebagai timbalan perdana menteri atau sebagai ahli Umno.

Kalau Umno pilih untuk tidak pilih Anwar, maka Anwar terpaksa undur dari politik sebab kehadirannya tidak menguntungkan Melayu dan bukan-Melayu diseluruh negara.

Dan PAS juga harus dibubarkan dan semua ahli mereka masuk Umno, kalau Melayu semuanya pilih Umno dalam pungutan suara yang boleh diadakan untuk menentukan Melayu pilih Umno atau PAS.

Rabu, 24 April 2013

SEMUA YANG MAHU BERTANDING DALAM PILIHANRAYA MESTI MEMPUNYAI IJAZAH SARJANA SEKURANG-KURANGNYA DAN DIPASTIKAN SIHAT OLEH PAKAR PERUBATAN SEPERTI YANG DILAKUKAN DI IRAN.


Oleh Mansor Puteh



Pilihanraya bukan untuk semua orang. Amalan dalam sistem demokrasi sepatutnya mengutamakan mereka yang bertauliah, berwibawa dan berpendidikan. Ia bukan untuk sesiapa sahaja yang berminat bertanding dan dia dibenar bertanding sebab kelakuan mereka itu sebenar-benarnya melanggar prinsip demokrasi.

Kalau tidak, buat apa ada tatatertib untuk mereka bertanding? Mereka harus mengisi borang, hantar borang dan dapat pengiktirafan dan setelah disahkan sebagai calon, mereka hanya boleh berkempen dan berceramah setelah mendapat kebenaran dari pihak polis dan sebagainya?

Ini membuktikan bahawa amalan demokrasi itu ada hadnya.

Tetapi hadnya tidak sepatutnya terhad kepada perkara seperti tersebut dan tidak termasuk kelayakan dan kewibawaan.

Ia seharusnya bukan untuk sesiapa, seperti orang yang boleh dikatakan tidak layak bertanding dalamnya dan terlibat dalam politik, sama seperti dalam bidang-bidang profesional lain bilamana mereka yang tidak bertauliah dan berpendidikan tidak dibenar terlibat dalam bidang ini.

Jadi, kenapa bidang politik mesti dibuka seluas-luasnya sehinggakan sesiapa sahaja boleh mengambil bahagian dalamnya?

Oleh sebab itu tidak hairan kalau ‘penyanyi pencen’ juga berminat ambil bahagian dalam pilihanraya ke-tiga-belas. Mereka fikir kalau mereka menang, bolehlah jadi ahli dewan negeri atau parlimen.

Dan kenapa mereka yang tidak ada kelayakan akademik terlibat dalam bidang politik dan jadi calon pilihanrayn?

Sepatutnya Malaysia sebagai sebuah negara yang sudah lama mencapai Kemerdekaan dan yang boleh dianggap maju sudah boleh mengadakan undang-undang untuk membenar mereka yang layak sahaja ambil bahagian dalam pilihanraya.

Mereka yang tidak layak juga tidak dibenar ambil jawatan dalam mana-mana parti politik; mereka hanya boleh jadi ahli biasa dan undi mereka yang ada kelayakan.

Dengan cara ini, kegiatan politik di Malaysia akan dapat ditingkatkan ke satu tahab dimana ahli politik akan menjadi lebih berwibawa dan bertauliah dengan mereka memberi hujah yang tepat tanpa mengguna perasaan.

Supaya juga mereka yang berhasrat untuk masuk ke dalam bidang ini tahu mereka seharusnya belajar dan mendapat ijazah sarjana dari mana-mana universiti bertauliah di dalam dan juga di luar negara.

Ini akan menggalakkan satu budaya politik sihat yang boleh beri manfaat kepada kerajaan dan juga pembangkang.

Sekarang ini politik di Malaysia dikuasai oleh mereka yang tidak berkelayakan akademik yang cemerlang; oleh sebab itu mereka boleh berhujah panjang dan lebar tetapi yang penuh dengan kekosongan.

Dan ada juga segolongan ahli politik lama dan tua yang masih anggap diri mereka penting dan sesuai, sedangkan parti mereka dipinggirkan dengan golongan pemimpin baru tidak dibenar menonjol dan naik dalam hierarki kepimpinannya.

Itulah sebabnya politik di Malaysia berada ditahab yang begitu rendah. Itulah sebabnya tidak ramai ahli politik yang aktif tidak mendapat pengiktirafan di luar negara sebagai pemikir dan pemidato yang bijak dan berpengaruh.

Di Nagroe Aceh Darussalam, misalnya, seseorang Melayu itu seharusnya boleh mengaji Koran sebelum dia dibenar bertanding sebagai calon dalam pilihanraya.

Ini satu cara yang baik, yang boleh diguna oleh Malaysia, yang mengenakan mana-mana orang Melayu dan Islam yang berminat bertanding untuk boleh mengaji Koran sebelum dia dibenar bertanding.

Terdapat sebuah negara di dunia yang mempunyai undang-undang seperti ini, iaitu Iran.

Iran merupakan satu-satunya negara dimana sesiapa yang mahu bertanding untuk kerusi Majlis atau parlimen mereka mesti terdiri dari mereka yang mempunyai kelayakan sekurang-kurangnya ijazah sarjana atau ‘masters’, dan mereka mesti disahkan oleh pakar perubatan sebagai orang yang sihat.

Tapi syarat seperti ini tidak diguna di negara-negara lain.

Malaysia sepatutnya sudah lama guna syarat-syarat seperti ini untuk memastikan mereka yang benar-benar berkelayakan sahaja yang boleh dibawa ke parlimen, dimana mereka boleh berhujah dengan pandai dan bijak dan tidak terlalu penuh perassan atau emosi.

Cuba bayangkan berapa ramai mereka yang ada dalam parlimen dulu sebelum ia dibubarkan layak jadi ahli parlimen kalau syarat ini diguna-pakai?

Jumlahnya begitu kecil. Dan hampir semua mereka dalam Barisan dan Pakatan tidak layak, termasuk Nik Aziz, Lim Kit Siang, Hadi Awang, Mahfuz, Mat Sabu dan lain-lain.

Mungkin kalau undang-undang seperti itu telah lama diperkenal dan dilaksanakan, kesemua mereka yang aktif dalam bidang politik sekarang sudah pasti mempunyai ijazah sarjana sebab mereka terpaksa belajar dan memperolehinya.

Sudah pasti kalau ini berlaku, perbalahan yang ada dikalangan mereka akan diadakan ditahab yang tinggi, dan tidak seperti sekarang.

Ceramah yang diadakan juga sentuh pada perkara yang penting dengan ahli politik mengarut, semata-mata untuk dapat tepukan dari khalayak.

Dan ada baiknya kempen pilihanraya dihadkan kepada calon-calon di kawasan tertentu berdebat sesame sendiri tanpa dibenarkan pemimpin parti sokong mereka, supaya pengundi di tempat berkenaan boleh soal calon dari kiri dan kanan apa yang mereka boleh buat untuk kawasan mereka.

Tidak ada guna untuk digantung sepanduk, poster dan bendera parti di serata tempat.

Kalau pengundi tidak kenal siapa calon yang bertanding itu, apa guna untuk mereka beritau semua orang yang mereka boleh buat jasa kepada mereka.

Calon-calon dimana-mana kawasan tersebut sepatutnya sudah dikenali oleh pengundi dan penduduk di kawasan tersebut; dan dia bukan orang luar yang dipilih oleh parti masing-masing untuk bertanding di kawasan itu; jauh sekali seorang yang berasal dari Melaka mahu bertanding di Pulau Pinang sebab dia tahu orang Melaka tidak sukakan dia, maka dia boleh cuba nasibnya di negeri lain; dan kalau dia bernasib baik, kalau partinya menang besar, dia boleh pula dipilih oleh parti itu untuk menjadi ketua menteri Pulau Pinang seperti yang telah berlaku dalam pilihanraya dulu.

Parti DAP sepatutnya rasa malu sebab mereka tidak dapat pilih pemimpin tempatan di Pulau Pinang untuk dilantik sebagai ketua menteri. Ini adalah satu tamparan kepada pengundi dan penduduk di negeri ini.

Ia juga bererti bahawa DAP tidak percaya dengan anak tempatan untuk mengambil jawatan itu, dan DAP juga tidak didik pemimpin baru dari negeri ini untuk dilantik sebagai ketua menteri.

Pengundi dan penduduk Pulau Pinang seharusnya herdek pemimpin utama DAP sebab mereka tidak pedulikan sentimen tempatan.

Itulah sebabnya kenapa DAP telah gagal untuk bangunkan Pulau Pinang sebab ketua menteri DAP bukan dari sini tetapi dari Melaka.

Sudah pasti pengundi dalam pilihanraya 2013 yang bakal berlaku pada 5 Mei depan tahu samada mereka masih mahu percayakan ketua menteri DAP itu dan parti itu atau tidak.

Ternyata sekali ketua menteri itu tidak ada kelayakan untuk mengambil jawatan itu selain dari dia tidak mempunyai kelayakan di peringkat sarjana sama seperti ramai calon yang bertanding dalam pilihanraya tahun ini dari kedua pihak termasuk pihak bebas.


Ini yang amat menyedihkan sebab Malaysia sudah Merdeka sekian lama, tetapi syarat atau undang-undang khas pilihanraya yang memastikan semua calon mempunyai kelayakan akademik setidak-tidaknya di peringkat sarjana masih tidak dapat diperkenalkan.  

Ahad, 21 April 2013

PEMIMPIN PAS TAK MALU – SALAHKAN PARTI LAWAN DAN BUKAN PENGUNDI LAWAN.


…MELAYU TAK SUKA MEREKA, TAPI PAS MARAHKAN UMNO PULA, SEBAB PAS TAKUT UNTUK MARAHKAN MELAYU DAN ORANG ISLAM DAN KECAM MEREKA SEMUA, DAN ‘BATU API’ DALAM NEGARA.
Oleh Mansor Puteh



PAS sebenarnya tidak marahkan Umno. Umno tidak buat apa-apa untuk merosakkan hasrat pemimpin lama PAS capai cita-cita mereka.

Yang membuat pemimpin lama atau tua PAS ialah, orang Melayu yang tidak suka mereka.

Tapi PAS tidak boleh marahkan orang Melayu dan orang Islam. Jadi, mereka jadikan Umno sasaran mereka.

PAS marah sebab Melayu sokong Umno, jadi mereka mahu hancurkan Umno walaupun apa yang mereka telah berjaya untuk melakukan ialah untuk memecah-belahkan Melayu sendiri.

Ini juga membuktikan bahawa PAS tidak mengamalkan demokrasi dengan membenar orang pilih parti mana mereka suka, dan kalau PAS kalah, mereka tidak boleh kecam parti mana yang menang khususnya Umno.

Yang peliknya, PAS tidak pula salah dan marah parti dalam Barisan Nasional seperti MCA, MIC, Gerakan dan lain-lain yang telah menyebabkan PAS kalah.

Kenapa PAS takut kecam parti lain dalam Barisan? PAS cuma berani marah Umno sebab parti ini parti Melayu, walhal parti lain bukan-Melayu dan PAS tahu mereka hanya boleh menang dalam mana-mana pilihanraya dengan mengharapkan sokongan dari bukan-Melayu.

Itulah sebabnya kenapa mereka sanggup bersekongkolan dengan DAP yang boleh menyebabkan PAS dapat tarik pengundi dari kalangan bukan-Melayu khususnya kaum Cina.

PAS mahu tubuh negara Islam. DAP pula tidak benarkan PAS melakukannya kalau PAS tubuh kerajaan.

Dan ini juga yang begitu pelik dan bodoh sekali ialah PAS sanggup guna DAP, sebuah parti yang rata-rata tidak suka PAS jadikan Malaysia sebuah negara Islam untuk sama-sama pecah-belahkan Melayu.

Pemimpin PAS tidak sedar bahawa saf kepimpinan mereka terdiri dari orang-orang tua yang sudah lama ketinggalan zaman.

Mereka tidak ada darah baru, idea baru dan tekad baru, selain dari mahu hancurkan Umno sahaja.

Dan untuk ini mereka sanggup berganding dengan DAP, sebuah parti yang telah terang-terang dan jelas beritau bahawa mereka tentang hasrat PAS untuk tubuhkan Malaysia sebagai negara Islam.

Nik Aziz sudah tua. Hadi Awang sudah tua. Mat Sabu, Mahfuz, Mustapha Ali dan lain-lain juga sudah tua dan ketinggalan zaman.

Cara mereka adalah cara lama.

Kenapa PAS tidak berjaya menampilkan barisan pemimpin dari golongan muda? Dan kenapa PAS hanya berani tonjolkan pemimpin lama dari era lama?

Tidakkah mereka sedar bahawa selagi mereka tidak dapat gantikan golongan pemimpin mereka, selagi itu, orang Melayu amnya akan menganggap PAS tidak lain sebuah parti untuk orang lama dan tua, dan yang tidak ada sebarang sumbangan baru kepada ugama, bangsa dan negara.

Itulah sebabnya PAS tidak digemari oleh ramai orang Melayu di seluruh negara.

Itulah sebabnya kenapa PAS marah pada Melayu tetapi mereka tidak boleh meluahkan kemarahan kepada Melayu dan yang menjadi sasaran ialah Umno.

Sedangkan Umno itu hanya boleh wujud dengan sokongan padu oleh orang Melayu dan pengundi yang menyokongnya dalam setiap pilihanraya.

Dan itulah sebabnya kenapa PAS hanya boleh kecam pemimpin Umno dan Umno dan tidak orang Melayu.

Dan harap-harap dalam pilihanraya ke-tiga-belas ini pengundi Melayu akan belasah PAS dan buang semua pemimpin lama dan tua mereka yang selama ini memandang rendah tahab pemikiran pengundi Melayu dan Islam khususnya yang selama ini tidak pilih mereka.

Cuma terdapat segelintir pengundi Melayu yang mahukan PAS, dan itulah sebabnya PAS terperap dibeberapa buah kawasan termasuk di Kelantan dan Kedah.

Itupun PAS terpaksa dapat sokongan dari DAP dan PKR untuk tumpaskan Umno dan Barisan, kalau tidak PAS kecundang.

Dan biar orang Melayu semuanya sedar bahawa PAS tidak hormat mereka; PAS marahkan mereka sebab mereka tidak sokong PAS tapi PAS takut untuk hamun dan marah pengundi Melayu dan salahkan Umno dan Barisan.

Yang pentingnya ialah, selagi Melayu tidak bersatu, selagi itu Melayu yang rugi, dan yang untung ialah bukan-Melayu yang dapat menjadi ‘batu api’.


Khamis, 18 April 2013

PAS MAHU JADIKAN MALAYSIA SEBAGAI NEGARA ISLAM SEMENTARA DAP PULA MAHU HALANG PAS MENJAYAKAN IMPIAN INI.


…JADI KEDUA PARTI INI TENTUNYA SESUAI SOKONG SESAMA SENDIRI!
Oleh Mansor Puteh



Adakah Parti Islam SeMalaya kini Parti Islam SeMalaysia atau PAS – dan bukan PIS benar-benar ditubuhkan semata-mata untuk menubuhkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam, semasa ia pertama ditubuh dulu?

Dan apakah Parti Tindakan Demokratik atau Democratic Action Party (DAP) ditubuhkan dulu semata-mata untuk tidak membenarkan Malaysia dijadikan sebuah negara Islam?

Slogan Parti Tindakan Rakyat atau People’s Action Party (PAP) berpusat di Singapura dulu dengan diketuai oleh Lee Kuan Yew; DAP yang akhirnya ditubuhkan sebagai parti politik apabila Singapura diusir dari Persekutuan Malaysia dalam tahun 1966 dahulu beberapa tahun sahaja selepas ia diterima masuk ke dalam Persekutuan Malaysia.

Dan slogan yang digunakan oleh pemimpin DAP sama dengan yang diguna oleh PAP iaitu ‘Malaysian Malaysia’.

Ia adalah satu slogan yang beralas-alas dan berbunga-bunga, tetapi jelas sekali ialah tidak sepatutnya diutarakan sebab Malaysia adalah untuk rakyat Malaysia.

Yang bezanya ialah, slogan ini tidak jelas dan sengaja tidak dijelaskan untuk mempunyai erti yang kalau diutarakan secara jujur, boleh membuat orang Melayu dan Islam marah sebab ia terkeluar dari Perlembagaan Negara.

Jadi slogan ‘Malaysian Malaysia’ digunakan walaupun ia tidak mempunyai makna apa-apapun.

Kononya slogan ini mahu mengutarakan satu prinsip kesamaan dimana semua rakyat tidak kira apa bangsa mempunyai hak sama rata, seperti ada bangsa yang tertindas, yang kononya bangsa Cina.

DAP atau PAP tidak terfikir Bangsa Melayu seperti bangsa yang tertindas, tetapi bangsa yang kononnya menindas; maka oleh sebab itu slogan ‘Malaysian Malaysia’ terpaksa diadakan dan dilaongkan, walaupun ia kosong.

Apa yang pemimpian DAP dan PAP tidak sedar ialah orang Melayulah yang telah membenarkan orang Cina di Malaysia maju dalam bidang perniagaan; dan Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Tunku Abdul Rahman telah berkata biar orang Cina jaga ekonomi dan Melayu jaga pentadbiran atau politik.

Kalau tidak kenapa orang terkaya di Malaysia sekarang hampir semuanya terdiri dari orang Cina?

Pandangan atau prinsip ini ternyata tidak baik untuk Melayu yang akhirnya setuju untuk memajak dan menjual tanah mereka semata-mata untuk membenarkan kaum Cina buka bidang perniagaan walaupun Melayu hanya perhati dan ternganga sambil melihat orang Cina maju.

Dan akhirnya banyak kampong Melayu yang telah lama wujud kini tidak mempunyai Melayu di dalamnya, kecuali sebuah masjid terletak di tengah-tengah kawasan perniagaan dan kediaman.

Seperti di Geylang dimana terdapat sebuah masjid terletak di dalam barisan bangunan kediaman sederet, yang pada dulunya adalah sebuah kampung Melayu.

Di Malaysia terdapat banyak masjid terbiar sedemikian rupa, oleh sebab Melayu jual tanah mereka atau ditipu oleh peniaga Cina yang memberi pinjaman kepada tuanpunya tanah atau hartanah dalam kawasan-kawasan Melayu sehinggakan mereka menjadi muflis dan terpaksa gadai tanah mereka kepada orang Cina.

Berbanding dengan sedikit tanah kepunyaan Cina yang langsung tidak diambilalih untuk pembangunan bagi semua kaum; ia diperkembangkan dan setiap kuil juga diperbesarkan dari binaan asal kayu menjadi batu atau konkrit sehinggakan seluruh bukit dan kawasan di sekelillingnya juga dijadikan milik mereka.

Dan jalan-jalan dimana terdapat banyak kedai kepunyaan Cina dan India dijadikan Chinatown dan Little India, walaupun sebutan seperti ini terlalu perkauman atau ‘racist’ yang memberi erti bahawa Cina dan India adalah kaum pendatang.

DAP dan PAP pada masa itu, tidak mahu fikir yang orang Melayulah bangsa yang tertindas di Tanah Melayu sendiri.

Tetapi PAS tidak pedulikannya tentang isiu ini, dan mahu terus bersekongkolan dengan DAP seperti mereka tidak tahu apa sebenarnya kenapa DAP ditubuhkan dan apakah perjuangan asalnya sekarang.

PAS dan DAP berkerjasama untuk menjatuhkan UMNO dan Barisan, sebab pemimpin PAS marah Melayu tidak sukakan mereka; dan PAS hanya boleh menjadi petualang kepada bangsa Melayu dan Ugama Islam di Malaysia.

Setelah sekian lama wujud, PAS masih terperap dibeberapa buah kawasan dan tidak mungkin ia menguasi seluruh negara, lebih-lebih lagi apabila pemimpin utama mereka sudah tiada nanti.

Sebenarnya PAS tidak marahkan UMNO; PAS hanya marahkan Melayu di Malaysia yang tidak suka dengan mereka.

Jadi, tidakkah perhubungan diantara PAS dan DAP masuk akal? Ia adalah keadaan yang pelik, sebab PAS mahu perjuangkan penubuhan Malaysia sebagai sebuah negara Islam, sementara DAP pula dengan terang-terang berkata mereka tidak akan benarkan Malaysia dijadikan sebagai sebuah negara Islam.

Nik Aziz dan Hadi Awang dan pemimpin PAS lain rasa bangga dengan perhubungan dan kerjasama parti PAS mereka dengan DAP walaupun mereka tidak mungkin akan dapat tubuhkan sebuah negara Islam dengan sendiri.

Sebabnya PAS tidak bertanding secara meluas di seluruh negara; kehadiran mereka di Sabah dan Sarawak hampir tiada; orang di sana tolak PAS.

Dan ini juga disebabkan PAS terpaksa agih-agih kawasan parlimen dengan sekutu dalam Pakatan Rakyat iaitu DAP dan juga Parti KeAdilan Rakyat (PKR), yang sama-sama mahu dapat seberapa banyak kerusi parlimen untuk bertanding.

Bagaimanapun, pengagihan kawasan parlimen oleh ketiga-tiga parti ini membuktikan bahawa tidak ada sebuah parti dalam Pakatan Rakyat yang dapat menguasi sebagai suara terbanyak dalam parlimen; ia harus berganding dengan kemenangan dari pihak parti lain.

Jadi, PAS tidak akan menguasi parlimen dengan sendiri dan terpaksa minta DAP dan PKR sokong mereka tadbir negara, dengan tidak akan berjaya menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Islam ala PAS.

Jadi hasrat PAS untuk menjadikan Malaysia sebuah negara Islam ala PAS sudah pasti tidak akan dapat dilaksanakan, sebab jumlah kerusi yang ia boleh menang terlalu sedikit.

Lagipun, DAP sudah sering berkata bahawa mereka tidak akan benarkan PAS jadikan Malaysia sebuah negara Islam.

Dan DAP juga tidak akan berjaya menjadikan Malaysia sebuah negara ‘Malaysian Malaysia’, sebab PAS dan PKR akan tentang mereka.

Akhirnya ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat kecundang tidak dapat capai hasrat terpendam mereka; mereka cuma boleh tadbir negeri-negeri tertentu seperti di Kelantan, Perak, Selangor dan Pulau Pinang atau dulunya, Terengganu.

Dan dari apa yang dapat dilihat sejak 2008 dulu, Pakatan terpaksa lepaskan Perak balik ke Barisan Nasional, dan kemungkinan Pakatan dapat tarik balik Terengganu ke bawah pengaruhnya nampaknya tipis.

Yang mereka boleh harapkan berlaku dalam Pilihanraya ke-13 ini ialah apakah mereka akan terus kekalkan negeri-negeri yang mereka sekarang ini tadbir?

Pengundi Melayu khususnya yang rasa bangga dengan hasrat PAS mahu jadikan Malaysia sebuah negara Islam ala PAS, perlu tanya pada diri sendiri, apakah PAS mampu melaksanakan apa yang mereka hasratkan itu?

Apakah PAS mempunyai kepakaran dan tokoh pemimpin yang boleh tadbir sesebuah negara di semua aspek?

Adakah Kelantan di bawah PAS boleh dijadikan Negeri PAS Mithali? Adakah Pulau Pinang dibawah DAP boleh dijadikan Negeri DAP Mithali? Dan adakah Selangor dibawah PKR boleh dijadikan Negeri PKR Mithali?



Isnin, 15 April 2013

SARJANA ATAU TUKANG KARUT?


…PEMIKIR MELAYU CUMA PANDAI MENCECEH, BERLETEH DAN MENGARUT SAHAJA.
Oleh Mansor Puteh



Malaysia ada banyak universiti, yang telah ditubuhkan baru-baru ini oleh kerajaan dan juga pihak swasta, walaupun universiti swasta sebenarnya sekolah besar yang beri pendidikan diperingkat sarjana muda, sarjana dan kadang-kadang ijazah kedoktoran.

Tetapi sehingga kini kita tidak dapat dengar mana-mana profesor kaupun dekan dan naib-chanselor yang boleh bercakap dengan petah di dalam dan juga di luar negara.

Dengan tertubuhnya banyak stesen televisyen, maka banyaklah juga rancangan bicara dan forum diadakan.

Ini dengan secara tidak langsung menggalakkan ramai orang yang dengan tiba-tiba diangkat menjadi pakar.

Mereka sering dijemput oleh stesen televisyen untuk bercakap tentang pelbagai masalah dan perkara.

Tetapi siapa mereka?

Adakah mereka sarjana, walaupun mereka profesor yang ada bermacam-macam ijazah dari universiti dalam negeri dan luar? Mereka tidak.

Mereka hanya orang yang pandai menceceh, beleteh dan mengeluh.

Perbincangan mereka itu biasanya cetek dan pendapat mereka berulang-ulang.

Cara untuk menentukan samada mereka itu sarjana atau pembincara biasa ialah dengan melihat dan mendengar cara dan lagak mereka; mereka akan bercakap dengan panjang lebar dan mengulang apa yang mereka telah katakan, sebab mereka fikir seseorang yang boleh bercakap dengan panjang-lebar itu, sebenarnya adalah pakar atau sarjana.

Ini sebenarnya bukan cirri-ciri seorang sarjana atau pakar.

Sarjana dan pakar tidak pandan memceceh, berleter atau mengeluh; mereka cuma pandai berhujah mengguna fakta yang dipersembahkan secara ringkas.

Sebabnya ialah mereka bukan dijemput beri pandangan dalam mana-mana rancangan televisyen untuk beri kuliah tetapi mengutarakan pendapat.

Dan masa yang diuntukkan untuk sesebuah rancangan tidak lebih dua-puluh-lima hingga lima-puluh minit sahaja.

Dan ada beberapa orang lain yang dijemput sama, jadi mereka tidak perlu ambil begitu banyak masa untuk menceceh.

Malaysia tidak ada pakar dan sarjana yang hebat. Malaysia hanya ada ramai orang yang pandai bercakap, berleter, menceceh dan mengarut.

Kalau benar Malaysia ada ramai universiti yang hebat, maka sudah pasti ia boleh melahirkan ramai sarjana dan pakar yang juga hebat.

Tetapi ini tidak berlaku.

Mana sarjana dan pakar yang hebat? Jadi, kalau mereka tidak dapat dilahirkan, maka kita boleh katakan bahawa semua universiti tempatan tidaklah hebat sebab ia tidak berjaya melahirkan sarjana dan pakar yang hebat.

Dan kalau Malaysia masih ada masalah asas yang telah lama wujud tetapi sehingga kini masih tidak diatasi dan diselesaikan, maka kita juga boleh katakan bahawa golongan sarjana dan pakar yang ada di universiti itu sebenarnya tidak juga hebat.

Malah, ulama yang ada di Malaysia juga tidak hebat; mereka cuma baik untuk beri ceramah ugama di televisyen dan di padang, dengan memberi pandapat tentang utama yang terlalu cetek, di hadapan orang yang mengaku berugama Islam sejak dilahirkan tetapi yang masih jahil tentang Islam, sehinggakan mereka tidak tahu apa itu yang halal dan haram, ataupun yang makruh dan terpaksa dapat pandangan dari ustaz dan ustazah televisye.

Sebenarnya ramai orang Islam yang hadir acara ceramah ugama itu boleh dianggap sebagai jahil tentang Islam atau mualaf, sebab mereka masih tidak tahu hukum asas tentang Islam, dan terpaksa hadir ke acara ceramah seperti itu.

Ini yang mengeciwakan samasekali sebab setahu saya ceramah ugama hanyalah untuk mereka yang jahil dan mualaf yang baru masuk Islam yang perlu dididik tentang Islam.

Tetapi apa yang sebenarnya berlaku ialah ramai orang yang menghadiri ceramah setiap malam terdiri dari orang yang sudah lama Islam, sejak kecil, tetapi yang masih mahu dengar celoteh tentang ugama iaitu tentang perkara yang begitu asas seperti isiu haram dan halal seperti mereka tidak tahu apa itu Islam.

Dan bukan itu sahaja, ulamak di Mesir dan negara Arab lain juga jahil dan tidak ada pengaruh kepada masyarakat di negara mereka sendiri.

Mereka juga tidak ada pengaruh kepada pemimpin politik kiri dan kanan sehinggakan negara mereka menjadi hancur.

Jadi apa hebatnya Universiti Al-Azhar yang dikatakan universiti tertua di seluruh dunia?

Mana ulamak dan pakar serta sarjana yang mereka telah lahirkan sejak dulu sehingga sekarang?



Jumaat, 12 April 2013

DIANTARA IRAN DAN MALAYSIA DAN PAYKAN DAN PROTON – YANG HEBOH DAN YANG BUAT KERJA DENGAN SENYAP-SENYAP.


IRAN MAHU HANTAR ANGKASAWAN DALAM KAPAL ANGKASA SENDIRI; MALAYSIA TUMPANG KAPAL ANGKASA RUSIA.
Oleh Mansor Puteh


Saya sudah ke Iran dua kali dalam bulan Februari, 1992 dan Februari, 1994, menghadiri pesta filem fajr dan menyertai persidangan pertama pembuat filem Muslim.

Pertama kali ke Iran, terasa seperti berada di sebuah negara ideal; sama seperti berada di arab saudi yang saya lawat pertama kali dalam tahun 1981 dulu.

Lawatan saya ke sana atas jemputan Yayasan Sinema Farabi selaku penganjur kedua-dua acara ini membuka mata saya tentang bagaimana iran yang tidak lama dulu berada dibawah pemerintahan Shah Reza Pahlavi telah dapat menjadi sebuah negara bebas tanpa mengharapkan bantuan dan sokongan dari negara barat

Iran adalah sebuah negara yang lain dari yang lain; ia terlalu Islam yang diamal. Ia bukan hanya teori sahaja.

Kedudukannya di Teluk berhampiran dengan kawasan panas dunia sekarang dan tidak jauh pula dari negara Zionis membuat ia lebih cemas.

Dan dalam kecemasan itu, mereka berusaha untuk kukuh dan majukan negara mereka dalam semua bidang khususnya dalam bidang sains dan teknologi.

Iran dan Malaysia, dua negara Islam – satu di Teluk dan satu di Nusantara Melayu.

Sejarah perkembangan kebudayaan Melayu mempunyai kaitan rapat dengan kebudayaan Iran atau Farsi sejak dulu-kala lagi

Banyak kurun telah berlalu tetapi malangnya perhubungan sejarah dan ugama yang telah dijalin sejak dulu lagi tidak membuat kedua buah negara kelihatan lebih mesra dan akrab.

Kedua-dua buah negara mempunyai sikap dan cirri-ciri yang berbeza.

Tetapi kedua-dua ada hasrat untuk menjadi negara Islam mithali atau contoh kepada seluruh dunia dengan Malaysia mahu menunjukkan kepada barat ia boleh menunduk dan terima kehebatan mereka, berbanding dengan Iran yang mahu menunjukkan belang barat khususnya
Amerika dan tidak mahu menunduk kepada mereka.

Malaysia wujudkan perusahaan otomobil dan memperkenalkan kereta bernama Proton.

Iran telah lebih awal lagi memperkenalkan kereta mereka sendiri yang mereka panggil Paykan tanpa menghebohkan tentang pencapaiannya.

Malaysia hantar seorang angkasawan Melayu ke angkasa lepas. Ia adalah satu usaha yang digempar-gempurkan. Ia begitu riuh sekali seperti ia satu pencapaian yang hebat, walhal si angkasawan itu hanya menumpang kapal angksa Solyuz. Dia tidak ke angkasa lepas dalam kapal angkasa lepas buatan Malaysia yang diterbangkan oleh roket Malaysia.

Sebaliknya Iran mahu hantar angkasawan mereka sendiri tidak lama lagi dan mereka akan melakukannya dengan senyap sehinggalah ia berlaku.

Dan mereka tidak mahu menumpang kapal angkasa dan roket buatan Rusia. Mereka melakukannya dengan keupayaan sendiri.

Ternyata, Iran mempunyai pencapaian dalam bidang sains, teknologi, kreativiti dan innovasi yang lebih tinggit. Tapi mereka tidak mengheboh-hebohkannya.

Malaysia, hanya pandai mengeluarkan slogan yang kosong sahaja untuk menaikkan semangat dengan menyanyi dan menari tetapi tidak tahu buat apa lebih dari itu. 

Ini yang amat menyedihkan.

Tidakkah pakar sains di Malaysia sedar apa yang telah dicapai oleh Iran dalam bidang sains angkasa lepas?

Tidakkah mereka mahu berganding dengan Iran dalam usaha menghantar lebih banyak angkasawan dengan kapal angkasa dan roket buatan mereka?

Malaysia masih mahu mendapatkan kerjasama dengan Rusia.

Dan tidakkah Malaysia mahu merapatkan perhubungan persaudaraan dan perdagangan dengan Iran dengan berganding memajukan perusahaan otomobil supaya Proton dan Paykan dapat berkerjasama mengeluarkan kenderaan-kenderaan baru yang lebih canggih yang boleh dijual di kedua buah negara dan kemudiannya ke seluruh Dunia Islam, serentak?

Strategi yang diguna oleh pakar ekonomi Malaysia yang berpaksikan helah yang mereka pelajari dari universiti terkemuka di Amerika dan England ternyata tidak berguna untuk pertumbuhan ekonomi dan menaikkan semangat rakyat Islam di Malaysia.

Iran tidak perlukan ilmu dari universiti terkemuka di Amerika dan England dalam bidang ekonomi. Mereka hantar ramai pakar mereka belajar di MIT tetapi mereka tidak guna model mereka. Mereka cipta model sendiri.

Pakar di Malaysia hanya pandai untuk menjadikan Malaysia sebuah ekonomi parasit yang bergantung dari ekonomi Amerika dan barat.

Iran mahu wujudkan satu sistem ekonomi baharu mereka. Tetapi mereka mahu melakukannya dengan senyap. Mereka buat tindakan tampa mengguna slogan kosong atau dengan pemimpin mereka memberi ucapan kosong di seluruh dunia.

Ini berbanding dengan di Malaysia dimana menterinya akan beri ucapan kosong di merata dunia dan menarik perhatian kepada mereka.

Inilah sahaja yang mampu dilakukan oleh menteri di Malaysia yang gila publisiti. Mereka mahu media beri tumpuan kepada mereka.

Di Iran ini tidak berlaku. Menteri kanan juga tidak ada acara harian yang khusus menarik perhatian terhadap mereka. Mereka tidak melambai bendera atau menyanyi dan membuat lawatan ke tempat-tempat khusus untuk mendari perhatian media.

Oleh sebab itu perusahaan filem mereka maju. Pesta filem Fajr atau Fajar mereka bertaraf dunia. Filem-filem yang dihasilkan oleh pengarah filem mereka dipuji di barat.

Di Malaysia, menteri berkenaan dan juga pegawai kanan kementerian beria-ia mahu publisiti. Mereka tidak peduli dengan tindakan mereka yang mengenepikan perusahaan filem.

Dan kalau ada pesta filem antarabangsa, Iran hanya hantar pengarah filem mereka. Di Malaysia yang pergi adalah menteri, pegawai kanan kementerian dan pegawai Finas sahaja.

Mereka pergi untuk makan angin. Oleh sebab itu perusahaan filem di Malaysia lesu. Di Iran perusahaan mereka telah berjaya mencipta karya-karya ulung dan merapatkan rakyat serta menaikkan semangat.

Di Malaysia filem-filem yang diterbit adalah jenis yang mencemuh budaya, bangsa dan ugama sendiri.

Cuma yang membuat saya tertanya-tanya ialah kenapa Iran tidak berupaya untuk mengeksport kenderaan nasional berjenama Paykan mereka ke seluruh Dunia Islam dan Dunia Ketiga?

Saya percaya kalau mereka mengusahakannya, sudah pasti perusahaan otomobil mereka boleh berembang. Tentu ada banyak negara Islam dan Dunia Ketiga yang mahu sokong usaha mereka demi untuk mengurangkan penerimaan kenderaan buatan dari negara-negara yang kini sudah maju.

Iran kian maju. Ia maju dengan senyap tanpa slogan dan kata-kata kosong. Setiap tahun Iran memperkenalkan keupayaan dan penciptaan mereka dalam bidang sains dan teknologi.

Mereka mampu untuk menjadi negara Islam terulung dan memimpin Dunia Islam dimasa depan.

Dan mereka akan terus melakukannya dengan diam tanpa membuat bising dengan menyorak slogan kosong. Mereka tidak ada konsep 1Iran atau Wawasan 2020 mereka. Mereka tidak perlu membuat slogan seperti itu. Mereka bertindak dengan senyap.

Malaysia, sebaliknya cuma boleh berangan-angan kosong sahaja mahu melahirkan pakar dalam semua bidang sedang sejumlah pakar yang ada disabotaj dengan sewenang-wenangnya.

Semua yang dilakukan adalah dilihat dari segi apa keuntungan dan faedah yang boleh diperolehi oleh menteri dan pemimpin yang hanya akan sokong apa-apa usaha yang menguntungkan mereka.

Dan tidak cukup dengan ini, mereka juga mahu heret isteri masing-masing ke acara rasmi seperti mereka itu ada jawatan rasmi.

Di Iran, isteri presiden dan menteri tidak muncul dikhalayak ramai. 
Di Malaysia, Rais Yatim bawa isterinya, Maznah ke semua acara rasmi yang boleh membuat ramai orang bosan dengan kehadirannya.

Iran dan Malaysia mempunyai banyak persamaan dan lebih banyak perbezaan. Kedua-dua buah negara Islam mahu maju, tetapi cara yang digunakan oleh setiap negara berbeza.

Lihat sahaja negara mana yang akan muncul sebagai negara Islam mithali. Tentu sekali Iran yang boleh berkembang maju tanpa menyorak sebarang slogan kosong atau wawasan yang tidak mungkin boleh tercapai, sebab ia adalah slogan kosong sahaja yang dicipta khas untuk media dan gimik kosong.

Selasa, 9 April 2013

PERJUANGAN PAS YANG SIA-SIA.…


TAKUT BERMESYUARAH DAN SETUJU UNTUK DIADAKAN REFERENDUM DAN PUNGUT SUARA ATAU ‘NATIONAL CONSENSUS’ UNTUK MELAYU PILIH MEREKA ATAU UMNO.
Oleh Mansor Puteh




Parti Islam SeMalaysia atau PAS sebenarnya bukan sebuah parti politik; ia hanya sebuah kelab sosial yang guna politik untuk mengelakkan diri mereka dari dituduh dan ditahan serta dihukum kerana mempunyai pandangan tentang Islam yang lain dari yang dipegang oleh ramai khususnya dari pihak berkuasa.

Tidak salah Mahyuddin Yassin kata PAS – adalah Parti Ajaran Sesat; sebab sejak kebelakangan ini Nik Aziz mereka telah menjadi-jadi sehinggakan pandai berkata bahawa ahli Umno yang bersembahyang tidak akan dapat pahala. Dia tidak katakan tentang pemimpin Umno yang bersembahyang.

Dalam masa yang sama ramai ahli PAS telah ambil tindakan keluar parti dan cemuh pemimpin parti secara terang-terang tanpa PAS berani ambil tindakan.

Ada ahli PAS yang juga berkata mereka tidak akan undi PAS dan sebaliknya undi Barisan Nasional dalam pilihanraya yang bakal berlangsung.

Tetapi Nik Aziz sahaja yang berada dalam PAS yang mempunyai mulut celupar yang sanggup beri pandangan yang serong tentang Islam.

Dia hanya ‘mursyidul am’ PAS sahaja tetapi mahu berlagak sebertp mursyidul am seluruh Umat Islam di Malaysia.

Malangnya dia hanya berani kecam Umno tetapi tidak Zionis dan Yahudi yang terus-terang hancur bumi Palestin dan bunuh orang Palestin.

Ini yang menghairankan sebab PAS tidak kecam Zionis tetapi gemar kecam Umno, sebabnya ialah Umno tentang PAS di dalam negara, dan PAS tahu mereka tidak akan dapat sokogan padu dari Orang Melayu dan Umat Islam.

Malah PAS sekian hari sekian terpinggir di Malaysia.

Sebabnya ialah orang Melayu tahu perjuangan PAS adalah sia-sia.

Yang berani bercakap karut dalam PAS hanyalah Nik Aziz, sedangkan Hadi Awang dan lain-lain pemimpin PAS tidak berani bercakap seperti Nik Aziz, yang berusia lanjut, jadi dia sedar dia tidak akan diambil tindakan, seperti tindakan yang telah diambil ke atas Al-Arqam dulu dan mana-mana individu lain yang berani keluar fatwa songsang dan mengelirukan orang Islam dengan ajaran Islam mereka yang terkeluar dari landasan ugama.

Itulah sebabnya kenapa Nik Aziz berani beri pandangan yang serong tanpa diambil tindakan terhadapnya.

Itulah sebabnya kenapa PAS menjadi sebuah parti politik yang terpinggir di Malaysia.

Pertubuhan Al-Arqam telah diharamkan dan pemimpin utama mereka ditahan dan dihukum. Ia sebenarnya berjaya sebagai pertubuhan perniagaan. Tetapi entah kenapa, pemimpin utamanya menjadi riak dan mempunyai pandangan yang berlainan tentang ugama dari kebanyakan.

Dan Kerajaan Langit yang mempunyai pusat dalam kawasan pertanian dengan binaan-binaan pelik dengan pemimpin mereka mempunyai pandangan yang turut sama pelik tentang Islam, juga telah diharamkan. Tetapi sehingga kini pemimpin utamanya yang dikenali sebagai Ayah Pin masih belum diberkas; dia hidup berkeliaran dan dikatakan bersembunyi di Selatan Siam.

Ada beberapa orang yang mengaku dia itu ‘nabi’ atau pemimpin besar Islam, tetapi mereka telah ditahan dan dihukum.

Olehsebab mereka tidak tubuhkan parti politik, maka mereka telah mendapat tindakan seperti yang telah dilakukan. Kalau mereka tubuhkan parti politik sudah tentu mereka akan terselamat dari tindakan kerajaan.

Dan di sini PAS melebihi kumpulan dan pertubuhan ini, sebab ia adalah sebuah parti politik. Kalau mereka hanya pertubuhan atau syarikat, sudah lama dulu mereka telah diharamkan dengan pemimpin mereka ditahan dan dihukum.

Olehsebab PAS sebuah parti politik maka pemimpin utama mereka boleh mengeluarkan pandangan tentang ugama dan tidak diambil tindakan oleh kerajaan.

Mereka tahu kalau tindakan diambil oleh kerajaan, maka mereka boleh guna tindakan ini untuk meraih faedah dari kesedihan sekelompok masyarakat Melayu yang akan berpihak kepada mereka.


Sabtu, 6 April 2013

MENGAMBIL GAMBAR SEMASA MENGGEMBARA.


Oleh Mansor Puteh









Saya berminat untuk mengambil gambar semasa menggembara di rantau orang. Saya boleh merakamkan detik-detik dan pemandangan yang cantik serta menawan, but kenangan dan ingatan.
      Begitu juga pelancong-pelancong dan penggembara lain. Mereka juga mempunyai kamera dan tahu bagaimana hendak mengambil gambar. Dan mereka juga mahu merakamkan detik-detik mereka berada di luar negeri sambil bergeluman dengan salji atau bersiar-siar di pusat pelancongan terkenal seluruh dunia. Mereka juga mahu merakamkan dalam gambar kenangan manis mereka.
      Tetapi, kia tidak semestinya mengambil gambar dari sudut luas yang menunjukkan pemanndangan, seperti yang kita boleh dapati dalam poskad atay menonton dalam filem. Lebih baik kita beli sahaja poskad dan ‘slide’ dari kedai cenderamata dan ini lebih mudah dari mengambil gambar itu sendiri.
      Jadi, saya lebih berminat untuk mengambil gambar-gambar yang lain dari gambar mereka. Gambar-gambar saya lebih menunjukkan masyarakat dan suasana di luar negeri yang agak berlainan. Ianya jarang mendapat perhatian umum. Dan inilah yang saya sering cari.
      Di Bangkok, misalnya, saya ambil sekeping gambar lampu pada pintu masuk sebuah kuil yang telah pecah. Dan di Kathmadu saya ambil sekeping gambar dari luar hotel murah menunjukkan seorang lelaki sedang berjalan. Dan di Bombay saya rakam gambar kkaki sendiri semasa saya duduk di sebuah bangku di Marine Drive. Dan di lapangan terbang Orly luar Paris, saya terlihat sepasang adik-beradik perempuan sedang berjalan seiring. Mereka memakai pakaian serupa pula. Saya guna kelajuan ‘shutter’ yang pelahan untuk merakamkan pergerakan mereka.
      Gambar-gambar seperti semuanya menujukkan kelainan dari gambar-gambar yang diambil oleh pelancong biasa. Dan saya tidak perlu membuat sesuatu yang gannjil untuk mendapatnya. Saya cuma pilih bahan dan bahagian darinya untuk dirakamkan. Lebih unik adalah lebih baik pada saya.
      Sebab kalau saya cuma mengambil gambar-gambar baisa yang menunjkkan bangunan terkenal seperti Menara Eiffel, Bangunan Empire State dan Arca Liberty di Bandaraya New York, orang lain juga mungkin sudah mengambilnya. Dan ada gambar-gambar seperti itu yang lebih cantik yang tidak mungkin saya sendiri dapat mengambilnya.
      Tetapi kalau saya ambil gambar yang unik, mungkin oranglain tidak sempat mengambilnnya seperti gambar sepasang adik-beradik perempuan di lapangan terbang Orly itu.
      Yang pentingnya untuk diingat ialah perlukah kita mengambil gambar seperti yang kita boleh dapati dalam majalah dan poskad?
      Kalau kita berbuat demikian, kita cuma akan menjadi jurugambar walaupun bertaraf amator tetapi yang unik dan kreatif. Dan kumpulan gambar-gambar kita adalahs ama seperti gambar-gambar seperti yang diambil oleh orang lain.
      Saya lebih suka untuk mengambil gambar yang dapat merakamkan sesuatu peristiwa atau benda yang unik. Ini boleh mengingatkan kita tentang sesebuah tempat lebih dari gambar-gambar biasa.
      Dan biasanya saya juga akkan mengambil gambar mengenai benda-benda biasa tetapi bermakna, walaupun ianya sebiji botol di atas meja di sebuah kafe luar di Paris atau sepohon bunga dalam pasu di luar lapangan terbang Frankfurt.
      Yang penting di sini ialah terdapat faktor atau elemen menarik dari segi susunan, warna, bentuk dan keadaan. Sebab benda-benda seperti ini boleh memberi personality kepada sesebuah tempat dan juga dalam ingatan kita yang mengambil gambar-gambar itu.






Rabu, 3 April 2013

TARIAN PENDET: RAKYAT MELAYU-ISLAM TIDAK MUNGKIN AKAN TERTARIK DENGAN TARIAN INI.


…IA TARIAN PURA HINDU-BALI YANG MENDEDAHKAN AURAT WANITA.
Oleh Mansor Puteh

Perbalahan seperti ini ini sudah pasti menguntungkan pihak yang mahu orang Melayu dan Islam berbalah. Atau apakah ini yang mereka merancangkan dari belakang?

Tidak banyak orang di Malaysia yang pernah dengar dengan nama tarian ini. Pendet. Ia tidak mungkin akan dapat dilakukan oleh orang bukan Indonesia, sekarang ini dengan sikap kedekut sebilangan mereka yang sudah pasti akan membuat orang lain rasa jemu dengan kebudayaan dan kesenian Indonesia, dan tidak akan tertarik dengannya dan untuk tidak melawat ke Pulau Bali lagi.

Sekumpulan kecil masyarakat di Jakarta yang menempek dan mengugut mahu mencederakan rakyat Malaysia di Jakarta yang mereka mahu ganyang, sudah pasti member tamparan kepada kepimpinan politik, intelektual dan ugama di Indonesia yang langsung tidak menyanggah tindakan dan kenyataan anak buah mereka yang rata-rata mempunyai rasa perasaan amat benci dan keliru dengan perbalahan yang dicetus mereka yang tidak ada asas langsung.
Jadi tidak salah kalau ada orang lain atau pihak ketiga yang fikir seperti kepimpinan Indonesia seperti setuju dengan tindakan puak kecil ini.

Sebab masakan mereka yang membawa buluh rencong di khalayak ramai tidak diberkas oleh polis sebelum mereka mencederakan sesiapa?

Undang-undang di Indonesia juga boleh dipersalahkan sebab tidak mempunyai peruntukan untuk mengawal perasaan yang sedemikian rupa.

Jadi, tidak hairanlah pengeboman berlaku di hotel terkemuka di Jakarta dan di kelab hiburan di Kuta, Bali.

Perlu diingat, tarian seperti ini tidak pernah dilakukan oleh mana-mana kumpulan tari di Malaysia. Ia nyata sekali khusus dari Bali dan hanya dilakukan oleh kumpulan kesenian di sana, dan tidak lain.
Malah apabila kumpulan tarian dari Bali datang ke Malaysia untuk membuat persembahan ini, mereka selalunya akan menukar jenis pakaian mereka supaya ia tidak mendedahkan tubuh badan penari wanita yang sering mendedahkan bahu dan lengan.

Jadi mustahil untuk mana-mana kumpulan tarian di Malaysia yang akan tertarik dengan persembahan ini yang hanya biasa dilakukan sebagai acara keugamaan Hindu-Bali dan di Bali sahaja.

Oleh sebab itu, kenapa agaknya ada sekumpulan kecil rakyat di Indonesia yang berang dan anggap Malaysia mahu curi jenis kesenian mereka.

Tindakan ini langsung tidak masuk akal, walhal, tidak ada mana-mana kumpulan tarian di Malaysia yang membuat persembahan ini secara terbuka dan tidak pula sesiapa di Malaysia yang pernah mengaku ia adalah tarian Malaysia.

Jadi apa yang berlaku di Jakarta bila ada sekumpulan rakyat Indonesia yang menjadi marah dan mahu cederakan rakyat Malaysia di sana, ia amat menggelikan hati. Ya, ia menggelikan hati, sebab ternyata tangapan dan pandangan orang di Indonesia sebenarnya tidak berasaskan akal dan fikiran yang waras, dari kumpulan pemikir dan cendiakawan mereka, tetapi dari sekumpulan kecil anak-anak yang mahu berpesta di jalan dengan membawa tombak dalam bentuk buluh rencong.

Mereka kononnya mahu jaga kesenian mereka supaya ia tidak dicuri. Siapa yang mahu mencurinya? Malaysia ada kebudayaan dan keseniannya yang tersendiri.

Ia tidak perlu mencuri bahan kesenian dari negara asing.

Malah Indonesia yang telah sering mencuri bahan kesenian dan kebudayaan dari negara lain.

Contohnya ialah lagu dangdut, nyata bukan berasal dari Indonesia; ia adalah dari India!
Dan ugama Hindu-Bali berasal dari India juga.

Malay ugama Islam yang dianuti oleh ramai orang di Indonesia juga tidak berasal dari Indonesia tetapi dari negara Arab.

Malah pakaian yang diguna oleh penunjuk perasaan di Jakarta adalah pakaian barat. Mereka tidak memakai kain batik dan blakon.

Mereka guna perkataan Inggeris, ‘Sweeping’ dan bukan ‘menyapu’.
 

Dan mereka tidak cuba untuk menahan pelancong ke Bali dan seluruh Indonesia dari membeli baju batik dan barang-barang pertukangan yang dijual di kedai cenderamata di Kuta dan seluruh Indonesia.

Mereka rasa bangga orang asing memakai baju batik. Mereka juga rasa bangga mahu ajar mereka membuat lukisan batik.

Jadi kenapa mesti rasa berang kalaupun ada orang bukan Indonesia yang berminat untuk membuat tarian ‘pendet’?

Sepatutnya Indonesia rasa bangga ada orang bukan Indonesia yang berminat dengan kebudayaan dan kesenian mereka?

Orang Jepun tidak melarang orang lain bermain judo, karate dan membuat origami dan bermain sudoko.

Orang barat tidak marah dan berang kalau ada orang lain memain lagu rentak jazz dan rock.

Orang di Jerman tidak marah orang di Amerika mengambil makanan berger mereka dan jadikan makanan harian orang Amerika sehinggakan mereka dapat membuka serangkaian restoran di seluruh dunia yang menjual makanan ini yang ternyata sekali berasal dari Hamburg.

Masyarakat Cina dan India di Malaysia mengadakan persembahan kesenian mereka, dan Negara Cina dan India tidak melarangnya.

Sepatutnya, rakyat Malaysia yang berasal dari Indonesia juga masih boleh membuat persembahan tarian Jawa sebab mereka boleh melakukannya dimana-mana mereka berada.
Tidakkah bagus kalau tarian pendet itu, sebagai contoh menjadi sebuah tarian yang diamal oleh orang yang bukan dari Indonesia juga supaya ia menjadi sebuah jenis kesenian sejagat atau unviersal?

Dan ini akan bererti bahawa kesenian dan kebudayaan Indonesia juga sejagat dan tidak terpencil.

Rokok kretek berasal dari Indonesia. Dan ia dieksport ke seluruh dunia. Kenapa tidak sekat penjualannya di negara luar?

Pendatang tanpa izin dari Indonesia yang dengan rela datang ke Malaysia dan kebanyakannya secara seludup, juga perlu disekat untuk menjaga mereka dari membawa kebudayaan dari Indonesia ke Malaysia.Sebab kalau sebilangan kecil mereka mendapat kerakyatan Malaysia dimasa akan datang, sudah pasti mereka juga ada hak untuk mempamir dan mengamalkan kebudayaan dan kesenian mereka.

Malah, kalau ada puak dari Bali yang menetap di Malaysia juga boleh mengadakan persembahan pendet, dan akhirnya ia akan diserapkan ke dalam kebudayaan umum Malaysia juga.
Sama seperti tarian naga yang diamalkan oleh kaum Cina di Malaysia yang didatangkan dari negara asal.
Dan orang India di Malaysia juga mengamal kebudayaan dan kesenian mereka, tanpa kedua buah negara asal mereka menempek.

Malah, negara asal mereka harus rasa bangga kebudayaan dan kesenian mereka disebarkan ke seluruh dunia.
Sama juga orang Indonesia harus rasa bangga kalau ada orang asing yang mahu memakai baju batik mereka dan menubuhan kumpulan untuk membuat persembahan tarian pendet, kecak dan lain-lain.

Dan tarian ini akan senantiasa dianggap sebagai warisan dunia yang berasal dari Indonesia. Ia tidak dianggap seperti dicuri. Ini perkataan kasar dan kesat – maling – dalam bahasa Jawa yang seharusnya tidak diguna oleh mereka yang berfikiran waras; ia hanya diguna dijalan dan tidak di dalam kabinet atau dewan perundangan.

Indonesia, seperti semua negara lain ‘maling’ bahan kebudayaan dan kesenian dari Barat seperti senilukisnya; seperti tarian moden, muzik rock atau batu dan lain-lain, tanpa segan-silu.

Malah banyak perkataan Belanda dan Inggeris diserap ke dalam bahasa Indonesia, termasuk ‘sweeping’ yang diguna oleh puak jalan itu.

Akhir sekali saya fikir dan agak bahawa mereka yang menepek di hadapan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta itu kemungkinan terdiri dari mereka yang tidak pernah datang ke Malaysia sebagai pelancong atau pekerja, secara sah maupun haram.
Dan kemungkinan besar juga, mereka rasa iri hati dengan rakan dan saudara mereka yang pernah dan sedang berada di Malaysia yang berjaya menikmati kehidupan yang mewah berbanding dengan mereka.

Ini adalah perspektif psikologi yang ada asas, sebab tidak mungkin mereka yang pernah bekerja di Malaysia mahu menempek di hadapan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta, kalau mereka pernah mendapat faedah dari Malaysia.
Dan masalah ini juga bertolak dari pihak Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta yang tidak berbuat sebarang apa untuk mencari jalan bagi merapatkan perhubungan diantara rakyat Malaysia dan Indonesia.

Masalah yang sama juga harus disalahkan kepada pihak Kedutaan Besar Indonesia di Kuala Lumpur yang turut tidak mengambil sebarang tindakan untuk berbuat demikian.

Kedutaan Besar Malaysia dan Indonesia di Jakarta dan Kuala Lumpur, gagal menjalankan tanggung jawab mereka.
Dan walaupun Duta Besar Indonesia di Malaysia diberi anugerah ‘Tan Sri’, apa sangat jasanya kepada usaha merapatkan perhubungan diantara dua negara?

Akhir sekali, perbalahan kecil ini telah sudah pasti berjaya memberi kesenangan kepada pihak Cina dan Barat di Indonesia yang sebelum ini menjadi tumpuan puak kecil jalanan ini.