Khamis, 24 Disember 2015

FILEM MELAYU BERJIWA JEPUN BERJUDUL ‘NOTA’ DAPAT DANA RM1.8 JUTA DARI FINAS TETAPI HANYA MAMPU KUTIP RM30,000 DI PAWAGAM???

HEBAT BETUL ‘NOTA’, SEBUAH FILEM TENTANG PAKAR BEDAH MELAYU MAHU BUNUH DIRI DAN BERKAHLWAT….
Oleh Mansor Puteh

Ratusan juta ringgit telah diperuntukkan kepada Finas sejak agensi filem ini ditubuhkan dalam tahun 1981 tetapi mana Oscarnya? Mana perushaaan filem baharu Malaysia yang mahu dibentuknya?

Jumaat, 18 Disember 2015

TENTUNYA IA PERKAHWINAN PALING GEMILANG UNTUK TAHUN 1963 (WEDDING OF THE YEAR’ KATA ORANG BARAT) DI RESIDENSI

, KEDIAMAN RASMI PERDANA MENTERI PERTAMA MALAYSIA DAN BAPA KEMERDEKAAN TUNKU ABDUL RAHMAN – LIMA-PULUH-DUA TAHUN LALU – DAN DUA BULAN SELEPAS TUNKU MENUBUHKAN MALAYSIA.
Oleh Mansor Puteh


Lima-puluh-tahun lalu dalam bulan November, 1963, Tunku Abdul Rahman, perdana menteri Malaysia yang pertama dan Bapa Kemerdekaan yang kita semua amat kagumi dan kasihi, baharu sahaja tubuhkan Persekutuan Malaysia pada 16 September, 1963.

Sabtu, 12 Disember 2015

YEMEN DALAM BULAN MAC, 2011…DAN SEKARANG…DENGAN PEPERANGAN SAUDARA BERLAKU DAN DENGAN ARAB SAUDI.

Oleh Mansor Puteh


Saya tiba di Sana’a, ibukota negara Yaman sehari sebelum sekumpulan lebih dua ratus pelajar Malaysia tinggalkan negara ini dalam bulan Mac, 2011, semasa pergolakan yang dinama ‘Arab Spring’, olehsebab keadaan di bandaraya dan negara itu dikatakan tidak selamat untuk mereka.

Ahad, 6 Disember 2015

DARI HOLLYWOOD KE ASTORIA KE CHINATOWN…DAN ORANG BANGLADESH DAN ORANG ISLAM…DAN 500 MASJID DI BANDARAYA NEW YORK…DAN KEMBARA ‘EATING-WIND…ACROSS AMERICA: MALAYSIA-AMERICA FRIENDSHIP TOUR 2016.’

Gambar dan rencana oleh Mansor Puteh


Tiba-tiba satu hari saya teringat Astoria di Daerah Queens, salah sebuah dari lima buah daerah di Bandaraya New York, dan buat keputusan untuk balik ke sana untuk melihat. Sayapun sudah sembilan-belas tahun tidak balik ke Astoria, New York City dan Amerika.

Isnin, 30 November 2015

26,262,720 DETIK SELEPAS MERDEKA... Sebuah cerpen oleh Mansor bin Puteh




Aku menjadi asyik mengguna alat pengira elektrik untuk menghitung untuk meluangkan masa. Leka dibuatnya sementara aku mengelamun mengenangkan tentang bermacam-macam perkara. Siapa aku? Tak penting. Aku terfikir semasa detik Kemerdekaan ke-lima-puluh bermula dengan ramai orang berkerumun di Dataran Merdeka. Di sana datuk-nenek aku berkumpul melaongkan ‘Merdeka! Merdeka!’ bersama pemimpin negara.

Ahad, 22 November 2015

OKU DAN SUSAHNYA NAK MOHON DAPAT BANTUAN BULANAN SEHINGGA IA SEPERTI MAHU DERA OKU UNTUK PAKSA MEREKA MELUTUT KE PEJABAT KEBAJIKAN

UNTUK MENDAPAT BORANG DAN MELUTUT SEKALI LAGI UNTUK MENGHANTAR BORANG YANG DIISIKAN DENGAN DOKUMEN LENGKAP….DAN SENATOR MEWAKILLI OKU DALAM DEWAN NEGARA YANG SENYAP DAN PEMBANGKANG YANG TAK PEDULI.
Oleh Mansor Puteh


Bunyinya sedap; kerajaan akan beri bantuan bulanan RM300 atau RM350 untuk OKU setiap bulan, tetapi untuk mereka yang dianggap layak sahaja.

Isnin, 16 November 2015

MALAYSIA TIDAK ADA PEMBANGKANG; MALAYSIA HANYA PARTI YANG SUKA MENENGKING DAN MENGKRITIK DAN TERLIHAT DENGAN ISIU CONTROVERSY MUKADEPAN AKHBAR DAN TIDAK MEMPUNYAI RANCANGAN MENYELURUH.

…DAN MACAM MANA PEMBANGKANG MENYIBUKKAN DIRI MEREKA CARI PASAL SEBAB MEREKA TIDAK BOLEH BUAT APA-APA UNTUK PENGUNDI MEREKA.
Oleh Mansor Puteh


Dan pembentangan belanjawan pembangkan 2016 yang tidak mengkagumkan sebab ia tidak boleh diguna dan dilaksanakan, selain dari sebuah manifesto untuk pilihanraya ke-empat-belas nanti.

Selasa, 10 November 2015

CATATAN RINGKAS TENTANG PELBAGAI PERKARA YANG TIDAK PERNAH DISENTUH OLEHSESIAPA DI MALAYSIA, UNTUK FACEBOOK PADA 29 OKTOBER, 2015.

Oleh Mansor Puteh


(Nota: Ini sembilan catatan ringkas yang saya sempat tulis dengan cepat dan dimuatkan dalam Facebook saya hari ini. Olehsebab saya tulis catatan tersebut mengguna talipon Oppo yang kecil, sudah pasti ada kesalahan dalam ejaan.)

* * * * * * *

Rabu, 4 November 2015

SINEMA MELAYU LAMA DI JALAN AMPAS, DAN SINEMA MALAYSIA BAHARU YANG TAK MUNCUL-MUNCUL. KENAPA? SALAH SIAPA? MANA OSCARNYA?

Oleh Mansor Puteh

Pemandangan di 8 Jalan Ampas di Singapura sekarang amat berbeza. Suasananya kini tidak seperti dahulu bila ia adalah pusat tumpuan penerbitan filem untuk seluruh negara; dan juga untuk orang kunjung kalau mereka datang dalam rombongan dari seluruh negara ke Singapura.

Khamis, 29 Oktober 2015

FILEM MELAYU ARAHAN PENGARAH CINA DAN JEPUN YANG TIDAK MEMATUHI AJARAN DAN AMALAN ORANG ISLAM.

…DENGAN FILEM ‘LELAKI HARAPAN DUNIA’ DIBERI PENGIKTIRAFAN DI PESTA FILEM MALAYSIA YANG LALU ADA ELEMEN TAHYUL SEMENTARA ‘NOTA’ ARAHAN PENGARAH JEPUN PULA MEMPUNYAI ELEMEN KHALWAT.
Oleh Mansor Puteh


Mungkin penerbit filem yang amat keciwa ialah David Teo yang menerbit banyak filem tetapi tahun ini dia tidak bernasib baik sebab tidak sebuah filemnya yang menang anugerah penting dalam pesta filem ini.

Jumaat, 23 Oktober 2015

PEMBANGKANG BODOH HANYA TAHU BERTINDAK DAN MELENTING BILA MASALAH SUDAH TIMBUL, BARU NAM MENEMPEK.

…INI BUKAN CARA UNTUK MEMBERSIHKAN KEADAAN…SUDAH TERLAMBAT UNTUK MELENTING DAN MENEMPEK SELEPAS MASALAH BESAR BERLAKU.
Oleh Mansor Puteh


Memang tak susah jadi parti pembangkang; mereka tidak perlu ada orang yang pandai.

Sabtu, 17 Oktober 2015

Ahad, 11 Oktober 2015

MAZIAH OMAR DAN SUAMINYA BERBAHASA INGGERIS BERNAMA ALAN, DUTA KEBUDAYAAN TIDAK RASMI MALAYSIA DI UNITED KINGDOM…BUAT PERSEMBAHAN DI MALAYSIA OKTOBER DAN NOVEMBER DEPAN.

Oleh Mansor Puteh


Siapa sangka bunyi lunak gamelan boleh berkumandang jauh dari Tanah Air, dengan lelaki dan perempuan para pemuzik asyik mengalunkan muzik irama gamelan…dan terdapat juga sebuah restoran yang menghidangkan pelbagai jenis masakan Melayu tulis – semuanya dua-belas kilometer dari Malaysia.

Ahad, 4 Oktober 2015

SARAWAK MEMPUNYAI 40 ETNIK DAN SUB-ETNIK, TETAPI DAPAT HIDUP BERSATU

…SEBABNYA MEREKA TERIMA BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA PENGHUBUNG; JUGA UNTUK RAKYAT BERBILANG ETHNIK DI SABAH.


Tetapi cabaran besar yang boleh menganggu-gugat kedudukan mereka di Sabah dan Sarawak akan berlaku apabila mereka menerima pengaruh jahat dari pembangkang terutamanya dari kalangan masyarakat Cina tempatan yang berhaluan kiri, yang menyokong DAP walaupun DAP tidak pernah beri mereka apa-apa, selain dari semangat kecinaan yang kuat, walaupun pemimpin parti ini mahu anggap mereka adalah parti berbilang kaum.

Ahad, 27 September 2015

ADAKAH KELANTAN NEGERI PETUALANG KEPADA BANGSA MELAYU DAN UGAMA ISLAM – HANYA PANDAI SOKONG PAS UNTUK MEMECAH-BELAHKAN BANGSA SENDIRI DAN UNTUNGKAN ORANG LAIN?



Tidak sesiapa yang dapat melihatnya, tentang bagaimana sebuah negeri Melayu telah menyebabkan Bangsa Melayu di Malaysia sekarang berada dalam keadaan yang tidak sepatutnya berlaku; dimana Orang Melayu rasa seperti penggemis di negara sendiri dengan kaum pendatang diberi segala-galanya yang diminta.

Ahad, 20 September 2015

DUA-BELAS JAM DI BRUNEI….DAN SEBUAH NOVEL DAN SKRIP FILEM…


Ramai orang pergi melancong dan hanya tahu mengambil gambar di tempat menarik di negara yang dilawati; ramai yang hanya tahu membeli-belah barangan tempatan dan bersiar-siar.

Ahad, 13 September 2015

BAHASA INGGERIS PENTING;

TETAPI KENAPA TIDAK RAMAI ATAU ADA ORANG YANG KONONNYA FASEH BERBAHASA INI BOLEH PERGI KE AMERIKA DAN ENGLAND DAN BERLAGAK PANDAI DI SANA DAN TARIK SUARA?


…Lee Kuan Yew dan orang cina di Universiti Malaya di singapura juga tuntut pengunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Ahad, 6 September 2015

LAMA-KELAMAAN SEKOLAH VERNAKULAR MANDARIN DAN TAMIL AKAN JUGA DITUTUP ATAS DESAKAN MEREKA SENDIRI…

BILA EKONOMI MELAYU MELONJAK DAN JUMLAH PENDUDUK CINA DAN TAMIL BERKURANGAN.


                                               
(Nota: Ini bukan satu perbincangan yang dibuat secara melulu; ia dibuat dengan penuh keperhatinan mengambil kira fakta dan kemungkinan besar ia boleh berlaku dimasa-masa hadapan dan perubahan demografi yang berlaku.

Ahad, 30 Ogos 2015

KALAU MELAYU MASIH HINDU…DAN TIDAK TERIMA ISLAM…BALI DI INDONESIALAH TEMPAT DIMANA MELAYU SEKARANG LEBIH MIRIP SEPERTI ZAMAN DULU-KALA.

Oleh Mansor Puteh


Saya pertama kali ke Bali dalam bulan Mei, 1974 semasa masih lagi muda tetapi sudah berani pergi menggembara seorang diri, sebatang kara, walaupun hanya ke Indonesia.

Ahad, 23 Ogos 2015

BUDAK CINA, SEKOLAH CINA, PELEKAT SALAH, RM80 SEHARI…DAN SEKTOR JENAYAH.

Oleh Mansor Puteh


(Nota: Perkara berkaitan dengan sekolah vernakular Mandarin dan Tamil dan sekolah kebangsaan sehingga kini tidak lagi dibincang dengan bijak dan menyeluruh. Biar saya yang mulakan perbincangan dan polemik tentangnya di sini.

Ahad, 16 Ogos 2015

BAYANGKAN KALAU KERAJAAN TIDAK TUBUH ITM ATAU UiTM, LEBIH SETENGAH JUTA ORANG MELAYU YANG KINI BERJAYA AKAN MELARAT JUAL GORENG PISANG DAN MANDI DALAM SUNGAI DAN PEMBELOT BANGSA!

Oleh Mansor Puteh


Betulkah UiTM merupakan sistem universiti terbesar di Malaysia dan seluruh dunia yang mempunyai jumlah pelajar terbanyak?

Inilah jumlah graduan ITM dan UiTM seperti yang kita sering dengar, dari setengah juta hingga ke enam ratus ribu orang.

Ia satu jumlah yang besar. Dan ia terdiri dari orang Melayu dan Bumiputera lain yang kini mempunyai kepakaran dan pendidikan dalam pelbagai bidang yang kesemuanya diserap ke dalam sektor swasta.

Tidak ramai yang bekerja di sektor awam dan ada yang bekerja sebagai pensyarah.

Yang pentingnya di sini ialah dengan jumlah ini tahab pencapaian ekonomi dan tempat Melayu dan Bumiputera dapat dimartabatkan.

Tanpa ITM dan UiTM, kemungkinan besar tahab pencapaian ekonomi Melayu hari ini akan merosot sehinggakan kuasa asing dapat menguasainya, dan Melayu akan dihumban ke dalam hutan dan terperok di kampung sendiri, tempat dimana emak dan bapa mereka dulu hidup kais pagi makan pagi, kais petang makan petang membajak sawah dan menoreh getah…dengan mengayoh basikal tanpa tahu dunia luar.

Dan dengan seorang anak mereka yang berjaya masuk ke ITM dan UiTM seluruh keluarga mereka berubah, lebih-lebih lagi kalau anak mereka itu juga berjaya dalam pendidikannya dan mendapat pekerjaan yang baik di Kuala Lumpur.

Itulah sebabnya kenapa terdapat banyak rumah Melayu lama menjadi usang dan ditinggalkan sehingga condong dan rebah ke tanah terletak di kawasan dimana mereka dahulu tinggal, sebab mereka telah berpindah ke Kuala Lumpur atau ke bandaraya lain di seluruh negara dan tidak lagi menjadi petani.

Dan tanah sawah dan ladang getah juga terbiar. Mana ada lagi kawasan sawah di sepanjang jalan dari Kuala Lumpur ke Melaka ikut jalan lama sekarang? Tidak ada. Semua kawasan sawah yang dulu kini telah menjadi pusat perniagaan dan bandar baharu.

Dan ramai anak kecil atau anak Melayu golongan sekarang tidak kenal dengan kehidupan di kampung atau pernah lihat tiak dan lintah yang terdapat banyak di sawah dulu.

Jadi kalau kerajaan tidak tubuhkan Institut Teknologi (ITM) di Shahalam, tentu sekali kawasan di sekelillingnya kini masih sebuah ladang kelapa sawit.

Ia tercetus dari akal-fikiran pemimpin Melayu dulu khususnya mereka dalam Umno dan bukan dari PAS, parti Islam kononnya tetapi yang mereka boleh melakukan ialah untuk memecah-belahkan kaum.

Pemimpin mereka bangga beri lebih kerusi parlimen dan dewan undangan negeri kepada bangsa asing.

PAS tidak berjaya bangunkan Kelantan jauh sekali Malaysia kalau mereka berjaya mentadbirnya.

Dan Shahalam akan terus menjadi kawasan ladang kelapa sawit sehingga sekarang. Perlu apa kawasan ini dibangunkan?

Dan bukit dimana kampus induk ITM mungkin akan dibangunkan sebuah hotel atau mungkin Istana Bukit Kayangan sebab ia terletak di paras yang lebih tinggi berbanding dengan bukit dimana istana tersebut terletak sekarang.

Dan kemungkinan besar juga Shahalam sekarang tidak seperti yang ada dan hanya sebuah kawasan perusahaan tanpa ramai orang menetapnya, yang kebanyakannya terdiri dari pensyarah dan petugas ITM dan puluhan ribu penuntut yang datang dari seluruh negara untuk belajar di sini.

ITM kini dikenali dengan nama Universiti Teknologi Mara atau UiTM.

Ia sudah melahirkan setengah juga hingga enam ratus ribu graduan dalam banyak bidang; dengan ada yang telah menjadi berjaya dalam bidang tertentu.

Dan ramai juga graduan ITM dan UiTM telah melanjutkan pelajaran mereka ke peringkat sarjana di luar negara.

Dan tidak dinafikan bahawa ITM dan UiTM telah melahirkan banyak pakar-pakar yang hebat. Tetapi diantara ratusan ribu graduan yang berjaya dilahirkan terdapat juga segelintir mereka yang dilahirkan sebagai pakar dan juga pengkhianat kepada bangsa Melayu sendiri.

Mereka tidak berhati perut dan tidak berterima kasih dan mahu kecam kerajaan. Entah kenapa mereka sanggup berpaling tadah dan mempunyai sikap sedemikian sedangkan mereka itu adalah graduan kelahiran universiti ini.

Tanpa ITM dan UiTM mereka sudah pasti tidak akan berjaya.

Dan kemungkinan besar mereka akan melarat sepanjang hayat buat kerja biasa.

Yang jelas sekali ialah kebanyakan orang yang telah berjaya belajar di ITM atau UiTM sekarang terdiri dari Melayu yang dari keluarga yang kurang pendapatan atau miskin dan daif.

Mereka bernasib baik ada ITM dan dapat melanjurkan pelajaran di peringkat diploma atau ijazah ataupun sijil yang membolehkan mereka mahu dan mendapat pekerjaan yang lumayan.

Ada segelintir mendapat pekerjaan di syarikat Cina.

Tetapi ramai dapat pekejaan di agensi kerajaan dan syarikat berkaitan dengan kerajaan atau GLC.

Jadi bayangkan kalau mereka semua itu tidak dapat masuk ke ITM atau sekarang UiTM apa pekerjaan yang mereka boleh dapat?

Kalau mereka pendidikan ditahab tingkatan enam, mereka hanya boleh dapat pekerjaan sebagai kerani tetapi kalau tamat pengajian di tingkatan lima, mereka terpaksa menjaja di pasar malam atau buat kerja sendiri. Itu sahaja.

Tanpa ITM atau UiTM kebanyakan mereka akan melarat sehingga sekarang.

Berapa ramai graduan ITM dan UiTM mempunyai sikap bersyukur dan berterima kasih kepada orang yang beri mereka pendidikan?

Ternyata ada segelintir kecil yang belot dan tidak tahu berterima kasih; mereka bangga dengan kejayaan yang mereka perolehi dengan bekerja dengan syarikat Cina tetapi tidak sedar yang memberi mereka pendidikan adalah ITM dan UiTM.

Tanpa pendidikan ini mereka tidak mungkin akan dapat pekerjaan yang mereka telah dapat.

Apa agaknya yang menyebabkan mereka itu rasa marah dengan Melayu mereka sendiri? Mereka kecam Umno dan kerajaan pusat negeri dan sokong pembangkang yang langsung tidak beri mereka apa-apa, jauh sekali pendidikan dan kelayakan.

Mereka sokong Anwar Ibrahim. Tetapi apa yang Anwar telah beri kepada mereka? Tidak ada apa.

Anwar kini bermastautin di Sungai Buloh terkena sengatnya sendiri bila dia kalah kes di mahkamah, tidak boleh berbuat apa-apa dan pernah berbuat apa-apa untuk Melayu selepas dia tinggal atau dipaksa tinggalkan Umno dan Barisan Nasional.

Bayangkan kalau tidak ada PAS dan tidak ada Anwar, Melayu akan lebih bersatu dan Melayu akan terus maju dalam semua bidang.

Mereka tidak tahu bagaimana ITM dan UiTM dapat terus dikembangkan.

Dan setakat ini kerajaan juga tidak tahu bagaimana mereka boleh terus kembangkan UiTM sekarang selain dari membuka kampus cawangan di seluruh negara untuk menjadi sebuah sistem universiti terbesar di Malaysia dan mungkin di seluruh dunia melebihi sistem universiti di Amerika iaitu Universiti California yang mempunyai kampus di beberapa bandaraya utama di negeri California.


UiTM sudah mampu dan layak untuk membuka cawangan antarabangsanya di Indonesia setidak-tidaknya atau di sebuah negara Arab ataupun di Amerika. Kenapa tidak boleh? 

Ahad, 9 Ogos 2015

DI IRAN SESIAPA YANG MAHU BERTANDING UNTUK KERUSI MAJLIS ATAU PARLIMEN MESTI MEMPUNYAI PENDIDIKAN DIPERINGKAT SARJANA.

…DAN MEREKA YANG MAHU MEMIMPIN NGO DAN MENGGENDALIKAN PORTAL INTERNET JUGA HARUS MEMILIKKI IJAZAH SEPERTI INI. APA SUSAHNYA?
Oleh Mansor Puteh


Dan lebih baik kalau mereka memilikki ijazah sarjana mereka dari mana-mana universiti utama di Amerika berbanding dengan di England supaya mereka boleh mempunyai lebih kredibiliti bila mahu berhubung dengan pemimpin di Amerika dan barat.

Ahad, 2 Ogos 2015

MUSLIM DAN MUSLIMMAH ALA KADAR SETAKAT BERTUDUNG, BERSARBAN DAN BERJUBAH DAN TIDAK TINGGAL SEMBAHYANG TETAPI MASIH MENIPU DAN BAKAR SAMPAH DI KAWASAN PERUMAHAN.

…RAMAI YANG BERTUDUNG TERLIBAT DENGAN JENAYAH TERMASUK MAKSIAT DAN PEMBUNUHAN DENGAN PENCERAMAH UGAMA TIDAK BINCANG TENTANG PERKARA PENTING.
Oleh Mansor Puteh


Ada orang baharu balik dari mengerjakan Haji, tetapi sudah menipu. Jadi apa faedah yang dia dapat dari mengerjakan Haji itu? Tidak ada. Ia hanya seperti pergi makan angin ke negara Arab Saudi.

Isnin, 27 Julai 2015

ADAKAH PARTI PAS SEMALAYSIA ATAU PAS BENAR-BENAR SEBUAH ‘PARTI POLITIK ISLAM’?

…APA ITU PARTI POLITIK ISLAM? …PERJUANGAN YANG SIA-SIA ORANG YANG KONONNYA MENGAKU DAN BERLAGAK SEPERTI ORANG ALIM, TETAPI TIDAK TAHU BAHAWA PARTI POLITIK ISLAM ITU TIDAK WUJUD DALAM BENTUK YANG MEREKA TELAH TUNJUKKAN SELAMA INI.
Oleh Mansor Puteh


Adalah bagus kalau Parti PAS dikuburkan dengan orang Melayu tidak mengendahkannya, sebab selama ia wujud, Orang Melayu di Malaysia telah berpecah gara-gara beberapa pemimpin mereka yang berdegil tidak dapat terima hakikat bahawa parti politik ini tidak boleh berjaya, walaupun ia sudah wujud begitu lama.

Selasa, 21 Julai 2015

GEERTZ WILDERS SIARKAN BEBERAPA LAKARAN PALSU NABI DI SETESEN TELEIVISYEN NEGARANYA, DENMARK BEBERAPA HARI DAHULU DAN SEMALAM, SERANGAN BERLAKU DI TUNISIA, PERANCIS DAN KUWAIT.

…DAN DAVID CAMERON SALAHKAN ORANG YANG BERTINDAK BALAS.
Oleh Mansor Puteh


Jadi akhirnya apa yang Geertz Wilders mahukan? Dan sejauhmanakah dia boleh dan mahu buktikan yang dia amalkan hak kebebasan itu dan ini dengan mencemuh Islam?

Rabu, 15 Julai 2015

RAKYAT MALAYSIA KALAU TERLIBAT DENGAN JENAYAH DI LUAR NEGERA AKAN DIBELA OLEH KERAJAAN, TETAPI KALAU MEREKA TERLIBAT DENGAN JENAYAH DALAM NEGARA, MEREKA AKAN DIKECAM.

…DI ENGLAND BAYI YANG DILAHIRKAN CACAT AKAN DIMASUKKAN KE RUMAH KEBAJIKAN DAN EMAK DAN BAPANYA DILARANG UNTUK MEMBAWANYA BALIK.
Oleh Mansor Puteh


Sepatutnya mana-mana negara akan rasa malu kalau ada rakyat mereka yang terlibat dengan jenayah di luar negara, lehih-lebih lagi kalau ia jenayah besar seperti pengedaran dadah dan juga pembunuhan.

Tetapi ini tidak berlaku.

Isnin, 13 Julai 2015

BAHASA INGGERIS PENTING;

TETAPI KENAPA TIDAK RAMAI ATAU ADA ORANG YANG KONONNYA FASEH BERBAHASA INI BOLEH PERGI KE AMERIKA DAN ENGLAND DAN BERLAGAK PANDAI DI SANA DAN TARIK SUARA?


…Lee Kuan Yew dan orang cina di Universiti Malaya di singapura juga tuntut pengunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Khamis, 9 Julai 2015

KAYUH BECA DI JAKARTA LANGGAR HAK ASASI MANUSIA, TETAPI KENAPA KAYUH BECA DI LONDON DAN NEW YORK KINI DIBENARKAN?

…TETAPI AMERIKA DAN BARAT TIDAK KECAM SOKAN JENIS GUSTI YANG LEBIH MEMPERSENDAKAN KEHIDUPAN MANUSIA.
Oleh Mansor Puteh



Dulu Jakarta mempunyai banyak pengayuh beca roda-tiga, tetapi entah kenapa tidak lama kemudian ianya telah dilarang digunakan oleh pengayuh yang telah lama mengayuh beca mereka dan terpaksa pula mengguna bentor atau beca bermotor yang kononnya lebih mesra penunggang.

Selasa, 30 Jun 2015

JOHOR DAN MELAKA BEBAS DARI PENAMPALAN HARAM DENGAN SELANGOR YANG PALING TERUK DENGAN PENAMPALAN KERTAS IKLAN DIMANA-MANA.

…JADI DIMANA PERGINYA PIHAK BERKUASA DAN PEMIMPIN PARTI PEMBANGKANG?
Oleh Mansor Puteh


Saya sudah lama tidak memandu dari Kuala Lumpur kearah selatan ke Johor Baru.

Ada orang bangga berkata dia boleh pandu keretanya dari Kuala Lumpur ke Johor Baru dalam masa satu-setengah jam sehinggakan bila dia buat selekoh, dua tayar kanan keretanya terangkat.

Khamis, 25 Jun 2015

BERBOGEL DI GUNUNG KINABALU DAN BERPESTA BOGEL DI PANTAI DI PULAU PINANG SALAH; TETAPI PASANGAN BUAT PERHUBUNGAN JENIS DI VERANDAH DI SEBUAH BANGUNAN PANGSAPURI TERANG-TERANG, TIDAK. KENAPA?

Oleh Mansor Puteh



Gunung Kinabalu, gunung tertinggi di Tenggara Asia; ia menarik ramai orang yang mahu mendakinya sebab ia bukanlah sesuatu kerja yang sukar dilakukan; malah ia kini boleh dianggap sebagai sebuah kegiatan riadah dari penggembaraan yang rumit.

Sabtu, 20 Jun 2015

LEBIH TUJUH DEKAD ZIONIS BERMAHARAJA-LELA DI BUMI PALESTIN, TETAPI PEMIMPIN ISLAM MASIH BERTELAGAH SESAMA SENDIRI DAN DUNIA ISLAM MASIH BERPECAH.

…MEREKA LANGSUNG TIDAK DAPAT SEBARANG IKTIBAR DARI PENAKLUKAN BUMI ISLAM OLEH ZIONIS.
Oleh Mansor Puteh


Atau apakah tajuk tulisan ini boleh ditulis seperti ini: Tujuh dekad pemimpin Palestin dan Arab bodoh?

Ahad, 14 Jun 2015

ADAKAH SELANGOR DARUL EHSAN NEGERI YANG PALING KOTOR DI MALAYSIA?

…BERITA TENTANG KEKOTORAN KAWASAN DI SELANGOR TIDAK AKAN DILAPORKAN OLEH MEDIA OLEHSEBAB KEBANYAKANNYA ADALAH DI KAWASAN CINA YANG KURANG BERPENDIDIKAN DAN BERLATARBELAKANGKAN SEKOLAH VERNAKULAR MANDARIN.
Oleh Mansor Puteh


Di negeri mana di Malaysia dimana terdapat orang buang sampah dimerata tempat dan mengambil kawasan letak kereta untuk meletakkan kerusi-meja untuk pelanggan restoran dan tanah depan dan tepi restoran dirampas untuk membesarkan kawasan restoran, dan barang-barang besi dan tembaga dari kemudahan awam dicuri dengan secara terbuka dengan orang menampal pelekat kertas dan menggantung sepanduk iklan di pokok dan kemudahan awam?

Selasa, 9 Jun 2015

87,000 PESALAH TRAFIK TIDAK DAPAT DISAMAN OLEHSEBAB MEREKA MEROSAKKAN PLET PENDAFTARAN KENDERAAN MEREKA.

…ADAKAH INI CARA YANG BERKESAN UNTUK MEREKA MELAKUKAN KESALAHAN TERMASUK JENAYAH TANPA DAPAT DIKESAN OLEH PIHAK BERKUASA DAN ORANG AWAM YANG TOLAK UNDANG-UNDANG?
Oleh Mansor Puteh



Tentu sekali banyak mereka yang melakukan jenayah kecil dan juga besar tidak dapat dikesan olehsebab mereka tahu pihak berkuasa tidak boleh kesan mereka sebab mereka mengguna kenderaan yang mempunyai nombor pendaftaran yang salah atau yang sengaja dirosakkan atau juga yang dibuangkan samasekali.

Selasa, 2 Jun 2015

SARJANA (SCHOLAR) ATAU HANYA ‘PELAJAR PROFESIONAL’?

…BERAPA RAMAI DIKALANGAN PROFESOR DAN MEREKA BERGELAK DOKTOR YANG TELAH SANGGUP BERHUTANG UNTUK MELANJUTKAN PELAJARAN MEREKA DI LUAR NEGARA? RAMAI PEMENANG ANUGERAH NOBEL BUKAN PROFESOR TERMASUK ALBERT EINSTEIN.
Oleh Mansor Puteh


Ramai orang mengaku mereka sarjana atau pakar dalam pelbagai bidang.

Jumaat, 29 Mei 2015

BILA AGAKNYA NEGERI CINA AKAN PAKSA ORANG ISLAM DI NEGARA MAKAN BABI? MEREKA SUDAHPUN DIPAKSA UNTUK TIDAK PAKAI JANGUT DAN JAMBANG DAN DIPAKSA JUAL ARAK DI KEDAI MEREKA.

Oleh Mansor Puteh



BILA AGAKNYA NEGARA ISLAM AKAN AMBIL TINDAKAN TERHADAP NEGERI CINA YANG MEMAKSA ORANG ISLAM DI NEGARANYA UNTUK TIDAK MENGAMALKAN AJARAN ISLAM?

Kenapa berita atau laporan tentang keganasan negeri Cina terhadap masyarakat Islam di negara tersebut tidak diberi liputan meluas dan mencemaskan umat Islam di Malaysia dan diseluruh dunia Islam?

Isnin, 25 Mei 2015

TV-HIJRAH, SATU PERCUBAAN YANG TIDAK DAPAT DIKEMBANGKAN.

…AKHIRNYA STESEN TELEVISYEN INI KELIHATAN SEPERTI SEBUAH STESEN TELEVISYEN UNIVERSITI.
Oleh Mansor Puteh



(…IT (TV-ALHIJRAH) IS AN EXPERIMENT THAT COULD NOT BE DEVELOPED, seperti kata orang putih, atau ialah adalah sebuah percubaan yang tidak dapat dimajukan.)

Khamis, 21 Mei 2015

YAMAN, SEMASA KEBANGKITAN ARAB, BAHAGIAN I ATAU ‘ARAB SPRING, PART I’ DAN SEKARANG

… SAYA SAMPAI DI SANA’A, YAMAN PADA 20 MAC, 2011, SEHARI SEBELUM RATUSAN PELAJAR MELAYU BALIK KE MALAYSIA.
Oleh Mansor Puteh


Saya buat lawatan ke Yaman pertama kali dan sampai di lapangan terbang antarabangsa Sana’a pada 20 Mac, 2011, untuk buat lawatan sosial ke beberapa tempat di negara ini khususnya di Sana’a dan Bandaraya Taiz dan Manakha.

Ia adalah semasa berlakunya Kebangkitan Arab Bahagian Pertama atau ‘Arab Spring, Part I’ yang turut berlaku dibeberapa negara Arab lain.

Saya ke sana atas pelawaan beberapa orang rakan dari Malaysia yang bekerja di sana selama dua-belas hari dan menetap di rumah keluarga mereka dalam kawasan rumah yang agak mewah.

Tidak jauh dari rumah tiga tingkatnya ialah rumah Sheikh Hamid, yang merupakan pengkritik dan ketua pembangkang negara ini.

Oleh sebab itu terdapat ramai orang pengawalnya yang memakai pakaian tempatan, berkain dan kot sebab cuaca sejuk dengan lilitan kain pada kepala dengan memegang senapang panjang.

Mereka mengawal kawasan ini.

Saya tidak sangka keesokan harinya pada 12 Mac, sekumpulan besar pelajar-pelajar Melayu telah berkumpul di luar bangunan lapangan terbang Sana’a untuk menunggu masuk ke dalam untuk balik ke tanah air.

Saya lihat mereka beratur di luar dan rakam vidio dan gambar.

Dan saya telah ditahan oleh seorang pengawal keselamatan yang mahu saya lupuskan vidio dan gambar. Saya enggan melakukannya.

Olehsebab itu, saya disuruh masuk ke dalam bangunan lapangan terbang dan tunggu di situ untuk seorang pegawai lebih tinggi jumpa saya.

Saya duduk di dalam bangunan lapangan terbang setengah jam sebelum dibebaskan, olehsebab rakan-rakan saya di luar telah berusaha untuk bercakap dengan pengawal di sana tentang siapa saya, seorang rakyat Malaysia.

Mereka fikirkan saya orang Jepun, seperti ramai orang Yaman lain dimana-mana saya pergi yang suka suruh saya rakam gambar mereka.  

Cuaca di sini ketika itu amatlah sejuk dengan tekanan udara rendah olehsebab Bandaraya Sana’a terletak di kawasan tinggi.

Namun demikian saya tidak terasa sebarang tekanan kepada kesihatan dan dapat pergi ke mana-mana dengan dibawa oleh pemandu keturunan Arab tempatan rakan saya sekeluarga yang telah menetap di sini lebih satu tahun. Pemandu mereka bernama Mohammad dan Salleh.

Mohammad boleh bercakap dalam bahasa Inggeris sedikit sejak bekerja dengan rakan saya, tetapi Salleh yang jenis pendiam tidak.

Saya juga ada seorang kenalan lain bernama Marwan yang menjudi jurutunjuk yang membawa saya berjumpa dengan orang-orang tempatan untuk saya rakam temuramah dengan mereka termasuk dapat melawat komplek penyiaran kebangsaan di Sana’a yang tidak dibuka untuk orang awam. Terdapat kereta kebal mengawal komplek ini.

Namun, olehsebab Marwan ada seorang kenalan yang bekerja di sini saya dapat juga masuk ke dalam komplek ini yang kelihatan seperti Angkasapuri di Kuala Lumpur.

Walaupun Yaman juga dikatakan terlibat dengan Kebangkitan Arab Bahagian Pertama dengan pihak pembangkan mahukan Presiden Ali Abdullah Salleh letak jawatan, tetapi seluruh negara ini kelihatan aman dan saya boleh pergi ke mana-mana.

Namun untuk pergi ke bandaraya lain, kami terpaksa mendapatkan pas kebenaran yang tidak sukar diperolehi dan dibeberapa tempat sepanjang perjalanan ada pos kawalan dimana pengawal atau askar tempatan akan minta tengok pas itu, sebelum membenarkan kami teruskan perjalanan.

Yaman terletak di paras yang agak tinggi dengan Bandaraya dan seluruh negara terletak di kawasan padang pasir.

Rumah-rumah lama masih tersergam indah dengan Bandaraya Lama Sana’a, kini diiktiraf sebagai Bandaraya Warisan Dunia, dengan mempunyai bangunan lima tingkat kedai perniagaan dan kediaman rumah yang telah kekal sejak ratusan tahun.

Di tengah-tengah bandaraya lama ini terdapat sebuah laluan jalan yang diguna sebagai terusan untuk mengalir air semasa musim hujan.

Di luar bandar pula pemandangannya berbeza dengan rumah-rumah batu terlekat pada tepi bukit curam seperti ia boleh runtuh. Tetapi rumah-rumah persendirian ini telah dibina ratusan tahun.

Yaman bukan sebuah negara dimana ramai orang dari Malaysia mahu datang untuk berziarah; hanya terdapat beberapa ratus pelajar Malaysia atau Melayu yang telah datang ke sini untuk belajar di universiti-universiti di Sana’a dan bandaraya utama lain.

Namun demikian sehingga kini tidak terdapat seorang graduan dari universiti di Yaman yang boleh dianggap sebagai menonjol dan maju dalam kehidupan yang tahu untuk mencari jalan untuk merapatkan perhubungan Malaysia dan Yaman.

Mereka sama seperti graduan Melayu yang telah belajar di negara Arab lain yang juga gagal untuk melakukan kerja ini dan itulah sebabnya kenapa sehingga kini perhubungan diantara Malaysia dan Dunia Arab tidak mesra at atau akrab.

Walaupun dalam bulan Mac, 2011 Kebangkitan Arab Bahagian I berlaku, tetapi di Sana’a dan dimana-mana saya pergi saya tidak dapat rasa ketegangan.

Ini disebabkan saya dan rakan-rakan di sini pergi ke mana-mana dengan diteman oleh orang tempatan dan dalam kenderaan.

Entah kenapa pelajar-pelajar Melayu di Yaman bertungkus-lumus mahu tinggalkan negara ini. Mungkin ini disebabkan mereka belajar di universiti terkemuka yang menjadi sasaran penunjuk perasaan dan pelajaran mereka terganggu olehsebab universiti mereka terpaksa ditutup.

Lain pula untuk orang lain seperti saya yang berada di sini khusus untuk menziarah dan lawat ke tempat-tempat bersejarah, yang tidak terganggu dengan kejadian tempatan.

Saya masih ada rakan tempatan di Sana’a tetapi tidak pula tahu apakah keadaan di sini kini sudah menjadi lebih teruk dari dalam bulan Mac, 2011, atau empat tahun dahulu, yang kemudiannya melihat perletakan jawatan Presiden Ali Abdullah Salleh, yang tidak juga memberi keamanan di Yaman.

Kini Yaman lebih bergolak lebih-lebih dengan tindakan dari Arab Saudi yang melancarkan serangan udara di Sana’a dan beberapa bandar utama seperti Aden dan Taiz.

Dari berita yang dapat dilihat di televisyen dan media cetak saya dapat melihat betapa hancurnya Sana’a dan Yaman dari seraangan oleh Arab Saudi dan pihak Houthi yang mahu rampas balik kawasan yang mereka telah kuasai.

Kononnya, sebuah gencatan senjata berlaku hari Selasa, 12 Mei selama lima hari untuk membenarkan pihak disana salur bantuan kepada mereka yang terganggu dengan serangan udara oleh Arab Saudi dan beberapa negara sekutunya yang lain yang semuanya adalah dari negara Arab sendiri.

Ini yang amat menyedihkan.

Siapa yang sebenarnya untuk dari serangan dan kehancuran yang dapat dilihat di Yaman sekarang, kalau tidak Zionis Yahudi, yang menjadi-jadi mahu bina lebih banyak bangunan kediaman untuk menempatkan pendatang haram mereka di kawasan Palestin di Baitulmukaddis.

Tetapi apa yang orang lain boleh buat? Orang Palestin sendiri telah ‘menyerahkan’ Baitulmukaddis kepada Zionis dengan mengguna nama Jerusalem dan bukan Baitulmukaddis lagi?


Saya harap keadaan di Yaman akan pulih seperti sediakala, supaya negara ini bebas dari kehancuran dan serangan dari negara-negara Arab dan dari kalangan orang Yaman sendiri.

Khamis, 14 Mei 2015

BENCANA DAN DISABOTAJ SERTA DISAMAN KERANA BELAJAR DALAM BIDANG PENGARAHAN FILEM DI UNIVERSITI IVY LEAGUE…



Mansor Puteh mencipta sejarah akademik semasa masih belajar di Kajian Sebaran Am, Institut Teknologi Mara (ITM) di Shahalam yang kini dikenali dengan nama Fakulti Komunikasi di Universiti Teknologi Mara (UiTM) dengan mendapat tempat untuk menyambungkan pelajarannya diperingkat sarjana iaitu Masters of Fine Art in Film Directing di Columbia University di Bandaaya New York untuk pengajian bermula musik gugur, 1977.

Ia adalah sebuah universiti Ivy League dan satu-satunya terletak disebuah bandaraya utama di Amerika dan dunia, berbanding dengan universiti Ivy League lain (Harvard, Princeton, Cornell, Yale, Brown, Darthmouth dan University of Pennsylgannia (UPenn) yang terletak di bandar kecil dan terpencil.

Khamis, 7 Mei 2015

CINA KURANG AJAR DAN MELAYU SESAT BERCAKAP DALAM BAHASA INGGERIS DALAM RANCANGAN TELEVISYEN BAHASA MELAYU.

…DAN RANCANGAN DALAM SALURAN CINA DAN INDIA YANG TIDAK PERNAH JEMPUT TOKOH MELAYU KECUALI NAJIB YANG BERCAKAP DALAM BAHASA INGGERIS.
Oleh Mansor Puteh

                               

Kenapa kumpulan pendesak atau NGO Melayu dan Malaysia dan agensi kerajaan yang sepatutnya menjaga perihal pengunaan Bahasa Melayu atau bahasa kebangsaan ambil tahu tentang perkara ini?

Jumaat, 1 Mei 2015

HAMPIR TUJUH-PULUH GELEN ATAU LEBIHKURANG 260 LITER DARAH AKU…DARI MENDERMA DARAH 432 KALI.

Oleh Mansor Puteh



Saya tidak sangka sejak saya mula derma darah semasa dalam Tingkatan Enam di sekolah swasta di Jalan Barat, Petaling Jaya dulu, saya sudah derma hampir tujuh-puluh gelen darah atau lebihkuran 260 liter, selama 432 kali menderma darah dan juga plasma dua minggu sekali.

Kiraan platelet saya pula meningkat ke 255 dari 244 sebelum itu.

Jumaat, 24 April 2015

TAK DAPAT PERGI KE AMERIKA, TAK APALAH. …ASALKAN DAPAT PERGI MAKAN DI RESTORAN MAKANAN SEGERA AMERIKA JADILAH,

DAN JUGA BERDUYUN TONTON PERSEMBAHAN OLEH PENGHIBUR AMERIKA… RAMAI MELAYU PERASAAN BERADA DI AMERIKA DAN BERLAGAK SEPERTI ORANG AMERIKA DENGAN HANYA PERGI KE RESTORAN MAKANAN SEGERA AMERIKA – UNTUK MENYOKONG KUASA EKONOMI AMERIKA, SECARA TIDAK LANGSUNG.
Oleh Mansor Puteh

Orang Melayu dan juga bukan-Melayu sememangnya atau pada mulanya tidak kenal dengan makanan segera Amerika, minuman ringan Amerika, rokok Amerika dan penghibur Amerika.

Selasa, 7 April 2015

HIDUP CINA! HIDUP INDIA! APA AGAKNYA AKAN BERLAKU KALAU CINA DAN INDIA BERKUMPUL DI STADIUM BUKIT JALIL DAN SORAK ‘HIDUP CINA! HIDUP INDIA!’?

…ORANG MELAYU YANG GEMAR SORAK ‘HIDUP MELAYU!’ TAK HABIS-HABIS – DAN TENGOK CARA YANG DIGUNA OLEH ZIONIS-YAHUDI MENGUASAI AMERIKA DAN DUNIA SECARA SENYAP-SENYAP.
Oleh Mansor Puteh



Malah orang Zionis-Yahudi juga tidak pernah sorak slogan ‘Hidup Zionis-Yahudi!’ bila mereka mahu menguasai Amerika dan juga dunia.

Orang Zionis-Yahudi tidak sebodoh itu mahu menempek dengan menarik suara dengan kuat dan kecam orang Arab dan Islam; mereka ambil tindakan secara senyap-senyap dan kejayaannya berlaku juga dengan senyap.

Khamis, 2 April 2015

ADAKAH ORANG ARAB BENAR-BENAR AMALKAN AJARAN ISLAM?

…ATAU APAKAH MEREKA MASIH MELAYAN NAFSU-NAFSI SENDIRI SEHINGGAKAN SANGGUP BERPERANG SESAMA SENDIRI SEMATA-MATA UNTUK MENJAMIN KEDUDUKAN PEMIMPIN MEREKA SENDIRI DAN TIDAK BERUSAHA MERAPATKAN PERPADUAN UMAT ISLAM SELURUH DUNIA?
Oleh Mansor Puteh


Yaman adalah sebuah negara Arab yang satu-satunya berkongsi tanah bersama negara Arab Saudi, dan disinilah juga dimana Nabi Muhammad, s.a.w. pernah lawat untuk berdagang.

Tetapi Yaman berbeza dengan Arab Saudi. Ia bukan sebuah negara Arab yang maju seperti negara lain khususnya Arab Saudi.

Jumaat, 27 Mac 2015

PASAR KARAT BARU DI LORONG PETALING, KUALA LUMPUR, BAHAGIAN II, LEBIH TERANCANG DAN LEBIH TERSUSUN DAN BOLEH JADI TARIKAN PELANCONGAN.

…PENGARAH FILEM MANA YANG AKAN MENGGUNA TEMPAT INI SEBAGAI SEBUAH TEMPAT PENGGAMBARAN UNTUK FIL.EM ATAU DRAMA TELEVISYEN MEREKA?
Oleh Mansor Puteh



Memang ada beberapa orang pelancong asing keturunan orang putih yang kelihatan membuat lawatan ke pasar karat; ada yang membelek sesuatu dan belinya.

Dari mana agaknya mereka dengar tentang pasar karat ini? Yang sudah pasti ialah mereka tentu pernah atau sering ke pasar seperti ini yang ada disemua bandaraya utama dunia untuk mencari bahan-bahan lapuk tetapi bernilai buat mereka.

Sabtu, 21 Mac 2015

PENCERAMAH UGAMA, BAGUSLAH BERHENTI DARI BERI CERAMAH TENTANG PERKARA KARUT-MARUT YANG MEMBOSANKAN.

…NEGARA MANA YANG TELAH BERI DIA PENGHARGAAN DENGAN MENJEMPUT DIA BERI CERAMAH, SEPERTI DI INDONESIA, BRUNEI DAN DI MANA-MANA NEGAR ARAB?
By Mansor Puteh


Adakah cukup setakat mempunyai pendidikan di universiti di negara Arab dan dia dikatakan layak bercakap tentang ugama?

Ugama Islam meliputi bermacam-macam perkara yang tidak disentuh oleh pendidikan tentang Islam.

Ahad, 15 Mac 2015

MENGENANG HARUN SALIM BACHIK – DIBAWA MASUK KE DALAM BIDANG SENI DALAM DRAMA RTM ‘BULAN MENGAMBANG’ KARYA SAYA.

…DAN BAGAIMANA SENIMAN DIKENANG DAN DIHARGAI APABILA DIA SUDAH BALIK KE RAHMATULLAH… SEMASA DIA MASIH HIDUP, DIA BOLEH PERGILAH…
Oleh Mansor Puteh



‘Will the master of the tribute’ pay any tribute to Almarhum Harun Salim Bachik? Did he know him when he was alive?

It did not matter. If he was in the news when he died, then he must also show some concern and write the tribute anyhow.

It is not too difficult to write any tribute to any Malaysian artiste who had died because their live and personal artistic achievement can easily be got.

Selasa, 10 Mac 2015

PAKAI TUDUNG, TAPI TABIAT MACAM POLONG.

…BAKAR SAMPAH DIMERATA TEMPAT, ROSAKKAN NOMBOR PENDAFTARAN KERETA DAN PENGOTOR. …DAN BAGAIMANA ORANG BUKAN-ISLAM DI BARAT LEBIH MENGAMALKAN NILAI ISLAM WALAUPUN MEREKA BUKAN MENGANUT UGAMA ISLAM.
Oleh Mansor Puteh


Sekarang ini terdapat banyak masjid yang telah dibina di semua negara Arab dan Islam lain dan kebanyakannya besar dan megah, tetapi banyak negara Arab dan Islam masih jahil dalam banyak bidang.

Orang Islam boleh kuat beribadah, tetapi ini tidak semestinya dia kuat dengan iman.

Dia boleh bersembahyang lima waktu, tidak tinggal walaupun satu waktu dan sanggup tinggalkan apa yang dia lakukan untuk bersembahyang tidak kira dimana, kadang-kadang di tepi jalan.

Ahad, 1 Mac 2015

TUJUH AMANAT ATAU WAAD YANG DIISYTIHAKAN PADA MALAM MAJLIS PERHIMPUNAN MELAYU DI STADIUM BUKIT JALAN 28 FEBRUARI, 2015 TIDAK MENDAPAT SOKONGAN MELAYU

– SEBAB IA ADALAH SLOGAN KOSONG. BANGSA ASING TERGELAK DENGAN CITA-CITA ATAU PERANCANGAN YANG TIDAK ADA SASARAN KHUSUS. …AKHIRNYA YANG MENYEBABKAN EKONOMI MELAYU KUKUH ADALAH DIATAS USAHA DAN PENGELIBATAN RAMLY BURGER DAN MYDIN DAN LAIN-LAIN SYARIKAT PERIBADI YANG MEMBANTU MELAYU.
Oleh Mansor Puteh



Soalan yang perlu ditanya ialah: Tidakkah Melayu maju dengan berdiam dengan bergerak secara senyap-senyap?

Dan dengan menguasai kerajaan persekutuan dan hampir semua kementerian serta agensi dan GLC atau syarikat berkaitan dengan kerajaan, orang Melayu masih perlukah mereka terus mengemis untuk menuntut hak mereka untuk maju dalam semua bidang?

Kaum Cina dan Yahudi menguasai pelbagai bidang tanpa mereka perlu mengadakan perhimpunan atau mengeluarkan slogan kosong dan amanat.

Jumaat, 16 Januari 2015

POLITIK MALAYSIA DAN FILEM TAMIL DAN SISTEM PANCHAYAT DI INDIA. BAGAIMANA PULA CARA ISLAM DALAM AMALAN DEMOKRASI?

…WATAK-WATAK UTAMA DAN PAK SAUK DALAM FILEM-FILEM TAMIL DAN JUGA BOLLYWOOD BOLEH BERGADUH DIKHALAYAK RAMAI DAN BERPESTA DALAM KELAB SELEPAS ITU, DENGAN PIHAK POLIS TERPINGGA-PINGGA TIDAK DAPAT KESAN PENJENAYAH.
Oleh Mansor Puteh



Politik di Tanah Melayu dulu berbeza dengan politik di Malaysia sekarang.

Dulu ‘musuh’ orang Melayu cuma British atau Inggeris yang telah menjajah Tanah Melayu sekian lama dan orang Melayu rasakan kehadiran mereka sudah lama berlanjutan dan tindakan yang diambil hanyalah untuk mencari jalan aman untuk membuat mereka berundur atau usir mereka kalau mereka tidak berganjak.

Sekarang, cara berpolitik orang Melayu dan rakyat Malaysia sudah berbeza.

Orang Umno sendiri rasa keliru dengan peranan mereka sekarang dan ada bukan-Melayu yang rasa inilah peluang mereka untuk menunjuk belang setelah mereka telah diberi segala peluang untuk berjaya dalam bidang perniagaan, yang disokong oleh Melayu.


Ahad, 11 Januari 2015

TSUNAMI BESAR DI ACEH – SERAMBI MEKKAH DAN TSUNAMI KECIL DI KELANTAN, SERAMBI MEKKAH:

PENYOKONG PAS ANJUR SEMBAHYANG HAJAT UNTUK JATUHKAN UMNO TETAPI YANG JATUH BUKAN UMNO TETAPI HUJAN YANG MEMBANJIRI KELANTAN.
Oleh Mansor Puteh



Kelantan dianggap sebagai ‘Serambi Mekkah’ oleh ramai di negeri ini. Dan Aceh juga dianggap sebagai ‘Serambi Mekkah’ oleh orang di sana.

Tetapi kedua-dua ‘Serambi Mekkah’ ini dilanda dengan bencana alam dan kedua-dua negeri ini merupakan negeri Melayu diantara yang paling mundur diseluruh dunia.

Ini fakta yang tidak menyenangkan sebab masakan ‘Serambi Mekkah’ tidak dapat berkat dari Tuhan dengan Kelantan dikuasai oleh PAS sebuah parti Islam yang disokong padu oleh rakyat dan pengundi Kelantan dengan rakyat Aceh pula menyokong GAM.

Malangnya negeri-negeri di Malaysia dan di Indonesia yang tidak dianggap sebagai ‘Serambi Mekkah’ lebih maju.

Kehadiran dan kuasa PAS ke atas Kelantan tidak membolehkan negeri ini maju.

Rabu, 7 Januari 2015

KERUSI PARAMESWARA (PARAMESWARA CHAIR) DI UNIVERSITI ISLAM NEGERI (UIN) AR-RANIRY DI BANDA ACEH?

…IA BOLEH DIGUNA UNTUK GALAK SARJANA BUAT PENGAJIAN UNTUK MERAPATKAN BANGSA MELAYU DI NUSANTARA MELAYU DAN UMAT ISLAM DISELURUH DUNIA.
Oleh Mansor Puteh


Tentu sekali ramai orang Melayu khususnya sudah tidak berapa tahu bagaimana Orang Melayu di Melaka dan banyak wilayah di Nusantara Melayu (Tengara Asia seperti yang disebut oleh sarjana barat) yang pergi ke Samudera Pasai di Aceh dalam tahun 1414 dan masuk Islam sebelum berkahwin dengan seorang puteri kerajaan tersebut.

Parameswara mengambil nama Megat Iskandar Shah, dari nama keturunannya Iskandar Zulkarnain atau Alexander the Great seperti yang disebut oleh sarjana sejarah barat, satu lagi fakta yang tidak ramai yang tahu.

Mungkin ada orang lain mahu anggap fakta ini hanyalah mitos; tetapi ada bukti yang boleh digunakan untuk memastikan ia adalah fakta yang boleh ditentukan sekiranya kajian yang lebih terperinci dapat dilakukan oleh mana-mana sarjana.

Kalau Parameswara, anak raja dari Kerajaan Srivijaya berpusat di Palembang, Sumatera yang berugama Hindu ketika itu tidak tergerak untuk ke Pasai, sudah pasti seluruh Melaka tidak akan bertukar menjadi sebuah Kesultanan Islam-Melayu dalam kurun kelima-belas dan seterusnya.

Dan kemungkinan besar juga kebanyakan Nusantara Melayu akan tetap bukan wilayah Islam-Melayu seperti yang berlaku sekarang dengan Malaysia akan kelihatan mirip seperti negara-negara seperti Thailand, Kambodia, Laos, Vietnam dan juga Indonesia kalau Islam tidak kula bertapak di negara ini dalam kurun ke-empat-belas dulu.

Melaka dan kebanyakan daerah di Semenanjung Tanah Melayu (Malay Peninsular kata sarjana barat) akan tetap menjadi seperti Thailand atau Pulau Bali di Indonesia yang mana penghuninya terdiri dari Orang Jawa ketika itu yang enggan masuk Islam dan mereka melarikan diri ke sebuah pulau terpencil untuk meneruskan kehidupan mereka sebagai orang berugama Hindu.

Dan kalau ada orang Melayu di Malaysia sekarang yang mahu lihat bagaimana nenek-moyang mereka menjalankan kehidupan mereka semasa belum masuk Islam dalam kurun kelima-belas, di Balilah dimana mereka boleh dapat melihatnya.

Di sini orang wanita Bali berpakaian kebaya dengan selendang dengan lelaki mengikat kepala dengan kain seperti setanjak dengan memakai kain samping atas seluar senteng, sambil mereka makan daging babi setiap hari sebagai jenis makanan yang mereka gemar.  

Dan sekali imbas, mereka kelihatan seperti orang Melayu sekarang yang berugama Islam, tetapi di Bali mereka masih berugama Hindu walaupun jenis Hindu yang dianuti oleh mereka boleh dikatakan tidak sama dengan Hindu seperti yang diamal oleh mereka di India.

Penganut Hindu-Bali tidak menyambut perayaan Thaipusam atau Deepavali; hari yang mereka paling muliakan ialah Hari Nyepi, iaitu hari apabila seluruh Bali akan berada di dalam keadaan sunyi dan sepi dalam bulan April.

Pada hari ini orang Bali dan pelawat ke pulau ini dimestikan duduk tersorok dalam rumah dan tidak dibenarkan memainkan radio atau televisyen atau menyalakan lampu rumah untuk membuat seluruh pulau ini berada didalam gelap.

Saya mengapalai rombongan lapan orang membuat lawatan sambil mengadakan forum tentang filem-filem P. Ramlee dan Sinema Nusantara di Universiti Islam Negeri Ar-Raniry (dari Sheikh Nasarudin Ar-Raniry, seorang pendakwa berpengaruh yang berasal dari Farsi yang datang ke Aceh).

Acara ini dapat berlaku atas penajaan dalam bentuk pemberian dana oleh Finas melibatkan kehadiran pengarah filem Othman Hafsham, pengkritik filem Hassan Muthalib untuk bercakap tentang bagaimana satu pertemuan baru dapat dibentuk untuk merapatkan perhubungan dan silatulrahim diantara masyarakat Melayu di seluruh Nusantara Melayu dengan bertolak dari pembuatan filem yang dapat diperkembangkan dari karya P. Ramlee, anak keturunan dari Aceh sendiri dengan nama asalnya, Teuku Ramlee Nyak Puteh.

Kami dapat sokongan dari Ketua-Pengarah Finas dulu, Raja Rozaimi Raja Dalnish dan juga dari Dekan Fakulti Dakwah dan Komunikasi UIN Ar-Raniry, Dr. Abdul Rani Usman, yang pernah belajar di Negeri Cina dan boleh bertutur dalam bahasa Mandarin dengan isterinya mengajar bahasa Mandarin di Aceh.

Dan saya telah membuat dua kali lawatan ke Aceh bersama Datuk Zaini Hassan dari Utusan Malaysia untuk teruskan perbincangan mengenai perkara yang sama dan tambahan di UIN Ar-Raniry dalam bulan Oktober tahun depan.

Saya balik ke Aceh Disember lalu khusus untuk menyaksikan perayaan ulangtahun kesepuluh Tsunami dengan acara kemuncak dihadiri oleh naib-presiden Republik Indonesia, Yusuf Kalla. Presiden Joko Widodo terpaksa ke Papua untuk acara lain di sana.

Dan saya mendapat ilham untuk mencadangkan agar sebuah KERUSI PARAMESWARA atau PARAMESWARA CHAIR dapat ditubuhkan di Universiti Islam Negeri Ar-Raniry di Banda Aceh.

Kemasukan dan penerimaan Islam oleh Parameswara adalah satu kejadian yang begitu penting sekali; namun perbincangan tentangnya dan filem atau dokumentari tentang perkara atau kejadian ini sehingga kini tidak dapat dilakukan. Ini amat menyedihkan sebab kisah pemindahan Melayu dari berugama lain ke Islam begitu penting, sebab tanpa penerimaan oleh Parameswara, Dunia Melayu diseluruh Nusantara sekarang sudah pasti tidak akan seperti yang ada sekarang; dan Melayu akan terus terperak dalam era kegelapan lama yang dialami oleh nenek-moyang mereka.

Saya tidak yakin perbelanjaan untuk menwujudkan Kerusi Parameswara begitu besar berbanding dengan faedahnya melimpah dan boleh memberi manfaat kepada perpaduan Melayu diseluruh negara dan Nusantara Melayu.

Oleh sebab itu saya harap Kerajaan Malaysia dan Kementerian Pendidikan dan Kerajaan Negeri Melaka dapat sambut saranan ini dan wujudkan kerusi itu dengan seberapa segera.

Ia bertujuan untuk mengalak sarjana dari Malaysia dan seluruh Nusantara Melayu buat kajian untuk merapatkan perpaduan Bangsa Melayu seluruh Nusantara Melayu.

Malangnya kerusi-kerusi kesarjanaan telah ditubuh oleh kerajaan Malaysia dibeberapa buah negara dengan perbelanjaan yang besar tetapi kesannya tidak seberapa.

Dengan ketiadaan kerusi kesarjanaan seperti Kerusi Parameswara ini telah menyebabkan Melayu di Malaysia berpecah dan Melayu di Nusantara tidak bersatu.

Ia boleh dibentukan untuk mengelak dari apa yang telah berlaku kepada kerusi kesarjanaan yang kerajaan Malaysia telah tubuhkan dibeberapa unversiti di luar negara yang kelihatan seperti tidak wujud dan tidak memberi sebarang kesan.

Saya juga bertemu dengan penyanyi asal kumpulan Raihan iaitu Saudara Mujiburrizal yang beritahu saya tentang buku sejarah kerajaan Samudera Pasai berjudul, ‘Daulah Shahiliyyah di Sumatera’ oleh pengkaji sejarah Taqiyuddin Mohammad, yang mengisahkan tentang sejarah kerajaan ini yang memuatkan banyak maklumat penting sejarah kerajaan ini yang sehingga kini tidak pernah dikaji dan dibukukan oleh mana-mana sarjana.

Dan untuk terus mencari usaha merapatkan perhubungan diantara Aceh dan Malaysia, Dr. Abdul Rani akan mengetuai sebuah rombongan seramai empat-puluh-lima orang pekerja dari universiti dan ahli keluarga lain untuk datang ke Melaysia 7 Februari selama lima hari.



Sabtu, 3 Januari 2015

RAKYAT ACEH MENYAMBUT ULANGTAHUN KESEPULUH TSUNAMI DENGAN PENUH TABAH DAN SYAHDU

…DAN TERHEMPASNYA PESAWAT AIRASIA QZ8501 DI LAUTAN JAWA – PESAWAT KETIGA DARI MALAYSIA YANG MENERIMA MALAPETAKA INI… DAN BANJIR BESAR DI SEMENANJUNG TANAH MELAYU.
Oleh Mansor Puteh


Hujan turun sepanjang hari semalam dan sawah padi di kawasan menghampiri Lapangan terbang atau Bandara Sultan Iskandar Muda terlihat ditenggelami air.

Ini pertama kali saya melihat pemandangan seperti ini dan saya akan sering minta tempat duduk ditepi tingkap untuk saya berpeluang merakam gambar dan vidio pesawat berangkat dan mendarat.

Dalam perjalanan saya rasa sedikit cemas apabila pesawat melalui apa yang dikatakan sebgai ‘saku angin’ atau ‘air pocket’ yang membuat perjalanan pesawat terasa agak kasar.

Suasana keseluruhannya membuat orang ramai rasa hiba. Besuk genap ulangtahun kesepuluh berlakunya Tsunami Aceh yang menyebabkan hampir 250,000 orang terkorban di empat-belas buah negara dengan kebanyakannya terdiri dari orang Aceh sendiri.

Jadi di sinilah menjadi tempat tumupan perayaan ulangtahun kesepuluh Tsunami yang akan menyaksikan pelbagai acara yang telah dirancangkan oleh jawatankuasa perayaan ini bermula hari ini juga sehingga 28 Disember.

Namun dari wajah orang Aceh yang dapat dilihat dan baca mereka sedikitpun tidak terasa sedih teramat; mereka menerima hakikat bahawa Tsunami 2004 dulu sebagai kejadian yang telah ditentukan oleh Tuhan.

Mereka menerimanya dengan penuh tabah dan syahdu setiap kali tarikh Tsunami itu berlaku dengan mengadakan acara tahlil dan pembacaan Surah Yassin di Makam Massal yang telah dibina oleh pihak berkuasa bagi menempatkan jenazah yang sempat dikumpulkan secara berkumpulan sebab orangnya tidak dapat dikenalpasti.

Seorang penumpang dari Aceh beritau hujan sudah mulai turun sejak seminggu lalu menyebabkan beberapa tempat di dalam bandar ini tergenang dengan air.

Saya ke Masjid Baitulrahman yang terletak di tengah-tengah bandaraya untuk acara zikir pada waktu isyak pada malam, 25 Disember.

Ribuan orang Aceh telah lama datang dan mengisi setiap tempat dalam bangunan masjid dengan sekumpulan lain terpaksa duduk di kawasan luar.

Hujan gerimis tetap turun tanpa henti sehingga lewat malam.

Tentu sekali hampir semua mereka yang ikut acara zikir dan syarahan ugama di masjid itu mempunyai saudara dekat atau rakan rapat yang telah terkorban semasa Tsunami melanda di Aceh pada 26 Disember, 2004 dulu.

Ada mereka yang juga membawa anak-anak kecil mereka yang tidak terlibat dengan bencana ini sebab mereka dilahirkan selepas kejadian itu.

Suasana di seluruh masjid tenang; tidak juga terlihat orang yang sebak.

Orang Aceh berugama Islam kuat dengan pegangan mereka terhapap ugama tidak menunjukkan perasaan sedih berlebihan; dan setiap bencana dan malapetaka yang menimpa mereka akan menghadapinya dengan tenang dan penuh tabah dan syahdu dengan menerima segala apa yang telah berlaku sebagai suatu yang telah ditentukan Tuhan yang Maha Esa.

Hari ini, 26 Disember, berlaku kemuncak atau acara rasmi memperingati ulangtahun kesepuluh bencana Tsunami atau Ombak Besar.

Dan wakil atau Naib-Presiden Republik Indonesia, Yusuf Kala tiba untuk menyertainya bagi mewakilli Presiden Joko Widodo yang tidak dapat hadir sebab beliau menyertai acara lain di Papua.

Acara perhimpunan besar diadakan di Lapanga Blang Padang tidak jauh dari Muzium Tsunami Aceh dimana satu lagi acara lawatan oleh Yusuf Kala berlangsung selepas acara di Lapangan Blang Padang.

Wakil dari 35 buah negara sahabat turut hadir dengan setiap mereka diberi penghargaan dengan selendang diletak pada dada.

Di kawasan itu juga terdapat gerai-gerai yang diuruskan oleh pihak-pihak yang membantu dalam usaha penyelamatan semasa berlaku Tsunami dulu.

Pelbagai acara telah diaturkan oleh pihak berkuasa dari 25 hingga 28 Disember.

Jusof Kala, dalam temuramah dalam sebuah rancangan di televisyen beritau bahawa beliau berasa bangga dan gembira perhubungan diantara Aceh dan kerajaan atau pemerintahan pusat di Jakarta yang kini dipimpin oleh Presiden Joko Widodo atau Jokowi, nama timanganya, yang sebelum Tsunami 2004 dulu tidak wujud.

Dan ini juga jelas dapat dilihat dalam wajah Gabnor Aceh, Zaini Abdullah yang menemani Jusuf Kala menghadiri acara di Lapangan Blang Padang pagi tadi.

Beliau yang dulunya menjadi pemimpin utama Gerakan Aceh Merdeka atau GAM berpusat di Sweden.

Dan tanpa diduga pula sebuah lagi pesawat dari syarikat penerbangan Malaysia iaitu AirAsia QZ8501 mengalami kejadian terhampas apabila penerbanganya dari Surabaya di Indonesia ke Singapura terhempas di Lautan Jawa dan di selatan Pulau Kalimantan.

Saya bersama rakan saya seorang dekan di UIN Ar-Raniry di rumahnya pada pagi itu apabila dia buat panggilan talipon ke seorang rakan di Kuala Lumpur yang beritaunya tentang pesawat itu.

Dan apabila saya balik ke hotel saya tonton televisyen yang menyiarkan berita dan laporan sampingan mengenai kejadian ini dan ketika itu kedudukan dan keadaan penerbangan itu masih belum jelas dan pihak berkuasa bernama Basarnas atau Badan SAR Nasional sudah mulai giat untuk mencari pesawat itu.

Sanak-saudara penumpang dan awak kapal juga menjadi cemas dan mereka mengerumuni Bandara Juanda di Surabaya untuk mendapat maklumat lanjut tentang pesawat itu. Mereka berharap sanak-saudara dan pesawat itu selamat.

Angin kencang berlaku di kawasan dimana pesawat itu hilang dan perhubungan akhir dari juruterbang meminta izin untuk terbang lebih tinggi dari pasas biasa sebab untuk mengelakkan dari terbang ke dalam awan ganas itu. Kemudian perhubungannya dengan pihak berkuasa terputus.

Seramai 162 orang berada dalam pesawat itu yang rata-ratanya terdiri dari penumpang yang mahu ke Singapura untuk berlibur sempena Hari Natal.

Sebuah keluarga seramai sepuluh orang terselamat dari kejadian itu sebab mereka mendapat maklumat lambat tentang jadual penerbangan dan mereka ke Bandara Juanda setelah pesawat itu berangkat.

Pada hari-hari selepas kejadian itu akhirnya cebisan dari pesawat itu dapat dilihat dimuka perairan Lautan Jawa dan kemudiannya beberapa mayat penumpang yang diangkat oleh petugas untuk dibawa ke darat dan dikenalpasti sebelum mereka ditanam.

Sebenarnya berita terhempasnya QZ8501 mendapat liputan meluas oleh media seluruh dunia dan di Indonesia ada dua stesen televisyen yang memberi liputan hampir sepenuhnya berbanding dengan stesen lain.

Kejadian ini berlaku sebelum lagi masalah dan misteri pesawat Malaysia Airlines MH370 dan MH17 selesai dirungkai dan kenalpasti apakah yang menyebabkan kedua-dua pesawat itu hilang dan satu lagi ditembak di udara Ukraine Timur. 

Malaysia juga telah ditimpa hujan yang lebat di Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor dan Perak yang menyebabkan negeri-negeri tersebut mengalami banjir yang teruk dalam masa sepuluh tahun.

Puluhan ribu orang terbabit terpaksa dipindahkan ke tempat selamat sebelum keadaan menjadi lebih teruk. Ini telah menyebabkan ramai mereka terselamat.

Malangnya pemimpin Umno dan Barisan Nasional sahaja yang sanggup dan berani turun padang untuk beri bantuan dan sokongan moral kepada mereka yang tergugat dengan keadaan yang menimpa mereka.

Mana pemimpin parti politiki dan kumpulan NGO berhaluan kiri yang beria-ia kata mereka mahu bantu rakyat dan sanggup merangkok dalam penjara untuk menjaga kepentingan mereka?

Mereka hilang entah ke mana…